take 5

Salam Selasa

hapa la..dah nak 5.30 baru nak take 5 ye..jadi la tu, dari takde masa langsung kan

teringin nak coffee, ala Old TOwn 3 in 1 tu je.tapiii MALAS nak amik air panas kat pantry. Nak cilok air panas bilik bos (bukan la dalam bilik bos..kat bilik PA bos la) yang 10 langkah tu je pun MALAS. Baguslah. Malas tak dapat la nampaknya. Ok lupakan coffee.

Alhamdulillah, hopefully kes kontraktor dengan bank dia tu dah ok, Penat la asik nak back up je. Kita ni tersepit, tak siapa peduli. Hari-hari tunggu depan pintu. Call dekat seribu kali. Siap pakai nombor berbeza dalam 1 hari tu. Lawak juga tapi silap besar la dia (kontraktor). Saya ni jenis manusia senang ingat nombor. Apa-apa nombor lah. Jadinya, nampak kesemua nombor tu baik di screen hp atau di screen telefon opis tu, saya abaikan jer. In total, kira-kira 7 jenis nombor telefon yang berbeza lah dia try. Sorry, wrong person ๐Ÿ™‚ Sudahnya manager bank call saya, saya angkat je la. Tadi dah bincang elok-elok, dah bagi peringatan kat kontraktor tu. Harap solution yang diberikan tu berhasil lah.

Ok nak balik awal. Saje je. Balas dendam..hahahahaha

Tu je..babai

hai semua..saya kembali

Salam Rabu. patutnya hari ni tema wordless wednesday kan..tapi kali ni tak bole wordless dah..sebab dah sebulan lebih blog tak berasap ๐Ÿ™‚

Hari ini:

1. hari ketiga masuk office lepas QA

2. bos tak ada (hamboi..suka yeh. eleh semua orang suka kan bos tak de)

3. patutnya kat Penang since semalam tapi tak jadi pergi sebab kerja banyak, hari isnin pagi-pagi buta client tunggu depan muka pintu

4. nak puasa patutnya tapi..tak tau awat liat sangat. insyaallah minggu depan nak puasa

5. pakai tudung ย baru..hehehehe (itu pun boleh menjadi kegembiraan buat makcik macam saya ni ha)

6. perasaan nak membeli belah sangat lah kuat..apa hal dengan saya ni?

 

okla..expect more post from me right after this yeah..

now nak settle a few things..

till then..tata..cheers!!!!

Kembali Lagi Di Sini..

Salam Khamis…

image

Hari ni datang ke office setelah 3 hari cuti jaga anak-anak sakit..

Hari ni meeting board A jam 830 pagi. Meeting Board B 230 petang. Mau tak gelabah hari ni selepas subuh terus siap ke office.

Jam 7 hantar Wafiy ke sekolah. Biasanya papa hantar. Hari ni papa kena cuti pulak sampai esok jaga anak-anak. Gilir-gilir. Jam 720 dah terpacak kat parking. Nasib baik hari ni lampu basement hidup. Kalau tak…scaryyyyy…

Okla…ada a few LO to be processed urgently…till then…tata..

Posted from WordPress for Android

Makan-makan di opis

Amboi..macam dah tak de kerja je kan saya ni..siap boleh makan-makan masa kerja. Saya rasa semua opis pun akan ada masa-masa timeout macam nak buat birthday party staff ke, potluck sambutan perayaan ke dan mcm-mcm acara nk meraikan betul tak?

Opis saya ni best. Setiap bulan akan ada makan-makan meraikan staff punya birthday, kelahiran baby atau persaraan sekiranya ada lah. Kelab kami aktif la jugak dalam hal-hal kebajikan staff mcm ni. Kadang-kadang delayed la jugak due to bizi dengan mesyuarat tapi akan buat jugak wakaupun lambat.

Bulan lepas ada makan-makan meraikan persaraan CC dan besday staff..kena pakai baju batik Bahagian sebab kebetulan hari Khamis

image

image

image

Pastu kan…kitorang ada geng makan di pantry..hahahaha. geng ni akan bwk lauk konsep potluck hari-hari utk lunch sebab dah bosan makan lauk kafe busuk bawah tu. Kena turn saya..adoiii berpeluh gak fikir nak masak apa. Fikir punya fikir..masak yang senang je kikiki..tomyam je la..lebur je..

image

Sebelah tomyam tu sambal jawa kawan saya bawak. Rasa tomyam saya tu biasa je…tak sedap sgt cukuplah nak tahan lapar ๐Ÿ™‚

Kira dalam 2 minggu jugak kitorg bwk potluck macam ni utk lunch. Siap bawak beras dari rumah lagi utk masak kat office. Siap gilir-gilir bawak beras kalau dah malas masak lauk….dasar pemalassss. Tapi seronok makan mcm ni..rebut-rebut lauk tu adalah nikmat dunia..

Oklah..tu je nak share hari ni…jomlah pikir nak masak apa pulak malam ni…

Pembentangan Bajet 2014

Salam Jumaat

Hari ini…dalam sejarah..sebab ianya adalah hari pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri kita..

bajet 2013

<<<<< gambar dari laman web rasmi Bajet 2014 Kementerian Kewangan>>>

Bagi penjawat awam macam saya, perlu dengar dan ambil tahu..sebenarnya rakyat semua kena tahu lah pasal bajet ni..jangan jadi sombong sangat..tak tahu dan tak nak ambil tahu tapi the best and worst part nanti tetiba nak throw komen yang tak membina. So saya rasa semua kita jom ambil masa sikit dengarkan atau tengok ucapan PM ni nanti..banyak faedahnya. Jangan cakap penjawat awam je yang dapat faedah..semua rakyat sebenarnya ada bahagian masing-masing.

Nak tengok kat mana? Sekarang zaman teknologi kan, kat mana-mana pun kita berada dah boleh akses ucapan PM kita ni nanti..ย Smartphone, gajet canggih, semua boleh akses..tak payah ajarlah camana kan..semua orang tahu (bak kata penyanyi Rem)

Yang official : pergi ke laman web Perbendaharaan Malaysia (Kementerian Kewangan) di http://www.treasury.gov.my

Di situ ada terpapar pilihan media apa yang kita ingin lihat..streaming video ke, audio ke..TV1 ke TV3 ke…semua ada…dan Laporan Bajet penuh akan keluar lepas PM habis berucap..

Jadi, sebagai rakyat yang cerdik akal dan mahu meningkatkan pengetahuan, jomlah sama-sama dengar, lihat dan hayati ucapan Bajet 2014 ni start jam 4 petang ni..dah tak lama dah tu..yang kat office boleh je dengar-dengar sambil buat kerja..kalau yang ada tv kat pantry tu pandai-pandai la tengok ye…saya rasa boss semua tak kisah kot if u all nak tengok tv masa ni..bukannya hari-hari kan..minta izin dulu apa-apa pun. My boss, from top to toe (ahaks..new term) dah berlepas ke Parlimen nuu..harap mereka selamat sampai…

Akhir kata, set in mind: JANGAN TANYA APA NEGARA TELAH BERI KEPADA KITA, TANYA APA YANG KITA DAH BERI KEPADA NEGARA!!! Ini negara kita, rumah kita, kalau sayangkan rumah kita, jangan berkira sangat. Insyaallah kita akan berlapang dada….

p/s: selain teruja nak tahu pasal inti ucapan Bajet 2014, saya juga teruja nak tengok kaler baju melayu PM nanti..biasanya PM suka warna yang saya suka juga ahaks..tetiba kan…

Macam tau tau je kan

image

Memang semua orang dah tau pun kan..yang orang keje gomen dah dapat gaji Oktober hari ni..iyelah sekarang semua maklumat kerajaan dah dihujung jari dan telinga kita..apa nak dikata…

Tengok tu…mencanak-canak promo sales sana sini kan…menggoda betul. Mana lah saya tak tergoda kan kan kan (lahaiii alasan je tu cik kak..awak tu kalau tak membeli memang tak sah)

Tapi..beringat ye kawan kawan keje yomen termasuk diri ini sendiri…gaji November lambattttt lagi so berjimat cermat sikit ye…hehehehe…

Selamat berhujung minggu

image

Salam…
Hari ni dan semalam saya kursus pengurusan dokumen dan rahsia Kerajaan di shah alam saja..
So..mari girangkan hati yang pedih ni (akibat kena berkursus di hujung minggu)..redhakan aku Ya Allah..

So..happy sunday peeps ๐Ÿ™‚

Previous Older Entries