Cuti dekat dekat aje la kita

Salam Isnin..

Untuk pengetahuan sahabat semua, saya sekarang berulang alik ke INTAN Bukit Kiara..mulai 25 Mac hingga 2 Mei ni. Dek kerana nak sambung master la kan. Layan je kursus persedian ni..dengan kata lain kelas orang dewasa untuk compete dengan fresh grad hahahaha…

Kesian kat anak-anak terutama Wafiy sebab dia dah Darjah 1..dah rasa pressure exam bagai. Nak la release tension masa cuti sekolah ni. Tapi apakan daya..mama pulak kena masuk sekolah kan. So tak dapat nak berjalan jauh la kita ye anak-anak.

image

Ke A Famosa Resort je la kita ye..tu pun hujung-hujung cuti..weekend baru ni la. Kursus mana boleh cuti kan. Main air sampai lebam la anak-anak. Plan asal nak ke Legoland tapiiii…tak sampai-sampai. Jalan jem mula exit Nilai dek eksiden. Jenuh panas bontot dalam kete..so singgah la A Famosa Water World…janji mandi..

image

image

image

image

image

image

Ohya..kadar bayaran masuk..utk makluman sapa yang tak pernah masuk. Ada pakej untuk masuk Safari World juga sebelah tu…tapi kali ni kami tak masuk sebab dah banyak kali masuk. Kali ni nak mandi jer. Kanak-kanak RM36 sekali lunch. Umur 3 tahun ke atas kena bayar. Dewasa RM41 sekali lunch. Okla…affordable. Makanan pun banyak set pilihan. Kira boleh la memenuhi selera. Nasi putih dengan lauk kari ayam, ayam masak kicap, ayam masak merah atau bubur ayam. Sekali dengan air tin.

image

Itu je la percutian kami…sekian..

NOTA: mood tengah pening dek statistik ni ha….adoiii

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: