Ngeri sampai termimpi-mimpi

Salam Rabu…

Alkisahnya…suatu malam. Kawan saya wassap gambar ni kat grup opis..

image

Eiiii…ngeri ngeri…sekali tengok macam betul ular kan. Kali kedua tengok jeling-jeling je sebab saya memang alergik dan phobia dengan cik U ni..isyyy simpang malaikat 44. Janganlah bertemu si dia. Lepas tu mula la kwn-kwn grup tu sembang-sembang pasal kisah diri masing-masing dgn cik U ni. Saya kat rumah dah geli geleman. Ada juga orang berminat nak tempah dan yg paling tak tahan, nak makan kek bentuk cik U ni kan. Takde ke haiwan comel yang lain yang bokeh direplikakan. Tapi memang ada kan manusia yang obses dengan ular?

Lepas sembang-sembang kat wassap malam tadi, masa nak tido tu dok terbayang lah aksi cik U ni. Mengada dok bayangkan sampai terbawa dalam tidur. Saya mimpi ada cik U besar kat kaki saya. Bila cerita kat papa dia gelakkan je. Katanya kalau bujang mimpi cik U kira okaylah kan..nak kena pinang katanya. Tapi memandangkan saya dah beranak pinak, agak tak relevan la kalau nak kena pinang tu kan. Saya memang rasa cik U tu mcm real je kat kaki saya. Eiiiiiii tolonglahh jgn dtg betul-betul ok..siap saya check kat toilet bowl kot ada cik U dok menumpang kat situ. Sebabnya minggu lepas kawan saya ni jugak ada share pics ni kat grup

image

image

Eiiiii dahlaa taknak tengok dan fikir dah pasal cik U ni…..

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: