{Wordful Wednesday}: Kisah Benar Ibu Bapa OCD

Salam Rabu…entah mengapa saya asik ingat hari ni hari Khamis..since petang semalam dah berlegar-legar dalam kepala esok Khamis..esok Khamis…

Akibatnya……

Terjadilah kisah benar ini..di pagi ini…

Ohya, makna OCD tu adalah seperti kata Wikipedia:

Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry; by repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety; or by a combination of such obsessions and compulsions. Symptoms of the disorder include excessive washing or cleaning; repeated checking; extreme hoarding; preoccupation with sexual, violent or religious thoughts; relationship-related obsessions; aversion to particular numbers; and nervous rituals, such as opening and closing a door a certain number of times before entering or leaving a room. These symptoms can be alienating and time-consuming, and often cause severe emotional and financial distress. The acts of those who have OCD may appear paranoid and potentially psychotic. However, OCD sufferers generally recognize their obsessions and compulsions as irrational and may become further distressed by this realization.

Untuk keterangan lanjut, silalah wiki yea..malas nak cerita panjang sebab ini bukan cerita utama🙂

Cerita utamanya adalah, subuh tadi papa dah sediakan beg sekolah pagi dan sekolah petang wafiy. Dia buat kerja dalam bilik wafiy so mama tak nampak pekerjaan itu..hahaha.. Papa memang the most OCD person in the house, so memang dia dah check timetable sekolah pagi dan petang dan dah susun buku teks dan buku aktiviti untuk kedua-dua sesi persekolahan. Siap dah isi air masak dalam kedua-dua tumbler.

On the other OCD part (or person- saya lah tu) boleh pulak rajin nak tengok timetable dan beg wafiy pukul 5 pagi sedangkan sebelum tidur malam tadi, papa dah pesan, dia dah susun beg wafiy, tapi mama dah mamai masa tu so, iye kan aje laaa..dan the worst part about mama susun semula buku wafiy tu adalah…..jeng jeng..mama tengok timetable hari KHAMIS….konfiden je cakap dalam hati..eh apasal buku semua salah ni yang papa masukkan..hahahahahahha sekarang rasa nak lempang muka sendiri..pasal kena buat kerja 2 kali. Kemain rajin mama subuh-subuh buta pergi susun balik semua buku ikut timetable Khamis. Siap lipat dan masukkan baju Pendidikan Jasmani (PJ) okayyyy……gigih yang tak bermakna..adoiiii

Nasib baik kesilapan dapat dikesan sebelum mandikan wafiy, mama cakap, mama dah masukkan baju PJ dalam beg abanglong tau. Siap tunjuk kat poket depan beg…Then wafiy terpinga-pinga cakap eh..mama..PJ hari Selasa dan Khamis la..esokk tuu..Mama terus panik. Papa pulak tambahkan panik, dia cakap..laaaa papa dah susun elok-elok dah buku-buku wafiy malam tadi mama oiii…erkkkk rasa hijau juga muka masa tu. Terus seret dua-dua beg dan bawak naik atas bilik wafiy..dan bermulalah kerja buat kali kedua..hahahahahahhaaaaaa

Itulah penangan cuti tengah-tengah minggu kan…dan dapat pulak perangai OCD macam ni, asik tak percaya kerja orang, asik nak double check je kan…nasib baik dapat dikesan awal..kalau tidak kesian wafiy nanti kan…

Macam ni la first time parent…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: