Semua Ibu Bapa Wajib Tahu…

Perkongsian untuk ibu-bapa sekalian:

Tahun 2014 ada Penambahbaikan dari  PBS yang akan bertukar kepada KSSR.

Maklumat yang telah diterima seperti berikut :
1. DSK ( dokumen standard kurikulum ) disatukan dengan DSP ( dokumen standard prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).
2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
5. Ujian-ujian lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. ( terpulang pada pihak sekolah ).
6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
7. Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru sahaja untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.

B ) Subjek Baru  KSSR akan Diperkenalkan iaitu
1. Sejarah ganti Kajian Tempatan
2. Rekabentuk Teknologi
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

C ) 2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik
1. Penambahan Bagi Bab Koordinat  (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
2. Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)

Selain daripada itu,Pelajar tahun 4 dan Tingkatan 2  (2014) juga merupakan perintis pertama kepada pengenalan Soalan “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)” seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni.
Difahamkan pada tahun 2016 40% soalan yang akan ditanya adalah berkaitan KBAT.
Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Info ni sangat PENTING.

Ianya akan menjadi tanda aras awal dimana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.

Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016.

Ianya lebih dikenali sebagai “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTs)”

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang. Bersediahkah anda?

Luangkan MASA 5 MINIT untuk beri peluang untuk anda faham dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang..

JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada 2. Rutin & Bukan rutin

# A # RUTIN

Aras Rendah

** Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi.

CONTOH 1:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga

RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?

# B# BUKAN RUTIN

Aras Tinggi

1) Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.

2) Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.

CONTOH 2:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.

Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.

Semua ibu bapa, jumlah “A” bukan lagi perkara yang penting.Yang penting bagaimana anak

anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.

Tak lama lagi GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

#1# Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)

*Zaman dulu Soalannya mungkin seperti dibawah :

Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?

anak anda mungkin boleh faham dengan pantas..

Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini?

#2# Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills)

Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?

Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas

Banyak jawapan bukan? timbul rasa ragu? dan perlukan berhenti untuk berfikir sekejap bukan?

Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

Sebagai ibubapa..apa tindakan kita untuk membantu anak2..?
5 Ciri “Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi” (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs):
Yang Mempunyai Anak pada Tahun 2014 WAJIB Tahu….
Darjah 4 pada Tahun 2014 ?
Darjah 5 pada Tahun 2014 ?
Darjah 6 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ?

Sila baca dibawah…………
a) Sepertimana yang diwar-warkan tempoh hari Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.

b) PERSOALANYA SEJAUH MANA semua Ibubapa Sudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini ?
c) Berikut disenaraikan 5 CIRI ” HOTs ”

#1# SKOP YANG LUAS :
❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan

#2# FAKTA :
❒Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran

#3# BERMAKNA :
❒Boleh ditafsir dan Mencabar

#4#STIMULUS :
❒ Situasi baru
❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar

#5# RESPON MURID
❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan

MASIH TAK BEBERAPA FAHAM?
Lihat contoh-contoh Yang disediakan
CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)
Berapakan Nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? .
Komen
– Jawapan Bagi soalan ini adalah 700
– Ada 1 jawapan sahaja
– Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir
CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINNGI ~ HOTs)
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?
Komen
– Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
– Yang penting pelajar tahu konsep asas “ratus terhampir”
– Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
– membantu pelajar lebih berfikir dalam situasi sebenar setiap masalah dalam kehidupan sebenarnya ada banyak cara penyelesaian
Info trkini perubahan dlm sistem pndidikn kita..

Nota: saya share daripada grup mums sekolah anak saya..info ini datang dari seorang ibu yang juga seorang guru. Memang mencabarlah untuk anak-anak kita sekarang ni, tak macam kita dulu 1+1 jadi 2, sekarang tidak lagi. Ada pro and cons..biasala benda baru. Tapi secara keseluruhannya saya rasa bagus juga perubahan ni sebab saya perhatikan anak-anak zaman sekarang dah tak macam kita. Bila tanya certain soalan, jawapan yand diterima sometimes tak terjangkau akalku. Mungkin kalau masih teruskan dgn sistem lama, anak-anak zaman skrg akan jadi bosan. Apa pun, saya doakan anak-anak kita akan dapat kebaikan dari perubahan ini. Sekurang-kurangnya kalau tak cemerlang di sekolah, mereka akan cemerlang dalam kehidupan. Amin …

Posted from WordPress for Android

1 Comment (+add yours?)

  1. shahsulong
    Jan 13, 2014 @ 16:32:42

    nanti kan, anak balik rumah bagi jawapan yang sama pada ibu bapa. tak straightforward macam sekarang tapi bermacam2 plak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: