Aktiviti Hujung Tahun 1: Kem Solat Anak Cemerlang

Salam Khamis semua…

Sebenarnya malasnya laa nak update blog ni. Tapi, mengenangkan ada banyak tips menarik yang boleh saya kongsikan untuk kita tambah ilmu keibubapaan, kenalah berusaha lebih gigih menaip dan mengarang. Harap-harap tak terlebih atau terkurang karanglah nanti..

Okay, ceritanya, seperti yang telah saya warwarkan dalam entry ini, ada 3 aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Tadika Perintis Wawasan (TPW) untuk memenuhi waktu sekolah hujung tahun ni. Faham saja la, bila modul dah habis, mesti budak-budak bosan kan. So bagi mengisi masa lapang budak-budak tu, saya enrol Wafiy untuk ketiga-tiga program tersebut. Damia tak enrol sebab masih ada modul yang dia kena ‘brush-up’ secara ‘one-to-one’ dengan teachers, sebab Damia ada beberapa perkara yang ketinggalan. Takpe, next year sure mama enrol kan kakak damia okay.

Jadi, aktiviti no.1 adalah Kem Solat Anak Cemerlang. Dianjurkan oleh TPW dengan kerjasama Surau Al-Jabbar, Taman Emas (kawasan kejiranan kami lah tu). Aktiviti selama 4 hari bermula 3 Disember hingga 6 Disember. (2 Disember kan cuti peristiwa..). Masa bermula adalah jam 8 pagi sampai 6 petang. Bayarannya hanya RM70.  Ada ramai penceramah jemputan, seperti yang tertera di banner.

banner 1

Setiap hari, peserta ada macam-macam aktiviti menarik berkaitan solat dan kecemerlangan. Wafiy balik jer mesti tanya, apa belajar hari ni bang? Nanti dia akan ‘sekolahkan’ mama pulak, dan mamanya akan ternganga sebab sometimes ada benda yang kecik dan remeh tapi mama tak tau pun. Aduhai..tetiba malu sendiri. Contohnya apa fadilat ambil wuduk tu kita basuh telinga, etc etc. ALhamdulillah, mama pun dapat ilmu secara tak langsung.

Camera 360

hihihi..lawak

hihihi..lawak

Hari akhir program, 6 Disember Jumaat, parents dijemput hadir ke surau untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Masa tercatat kat surat jemputan, parents kena hadir sebelum azan Asar sebab nak solat Asar berjemaah. So, hari Khamis saya dah minta izin boss siap-siap dan isi borang untuk keluar jam 4 dan balik terus lah. Bagi sokongan kat anak-anak kan..sambil tu dapat juga mingle dengan mums yang selama ini dok chat dalam wassap grup je kan.

Camera 360

Camera 360

Selepas solat, ada ceramah penutup dari seorang penceramah jemputan, dah berumur juga. Namanya Pak Din, orang Desa Pinggiran Putra. Bekas guru di MRSM. Orangnya sempoi jer, tapi semua benda yang dia cakap sangat bernas dan membuatkan kita terfikir-fikir. Part ni yang saya nak share kan sangat. Ceramah Pak Din ni more on isu-isu keibubapaan. So, elok saya simpulkan dalam point for supaya tak serabut sangat nak baca. (Gambar Pak Din yang kat atas tengah beraksi tuu)

1. Anak-anak perlu dirangsang pemikiran sejak kecik. Macamana caranya? Caranya melalui perbualan dan penguasaan bahasa. Kita perlu lebih banyak bercakap dengan anak dan galakkan anak berimaginasi. Kalau boleh tanya anak sebanyak mungkin tentang sesuatu perkara, contohnya balik sekolah, tanyalah tadi belajar apa, dan biarkan anak bercerita. Dia juga syorkan agar jika bawa anak bersiar-siar ke zoo ke, taman bunga ke, taman burung ke, cuba minta anak gambarkan keadaan haiwan/ bunga tu macam mana. Warna apa, saiznya, karakternya, dan kalau boleh suruh anak ajukkan perbuatan haiwan tersebut. Dengan ini, secara tak langsung dapat memupuk skill bercerita dan kemahiran berbahasa anak.

2. Ibu bapa juga perlu rangsang pancaindera anak sejak kecil. Luangkan masa sekerap mungkin buat latihan pancaindera dengan anak. COntohnya, amik 2 helai kertas kosong, bagi sehelai kat anak, kita amik sehelai. Kita lukis la apa-apa objek yang mudah kat atas kertas kat kita tu , suruh anak tengok betul-betul objek yang kita lukis tu then sorokkan kertas yang kita dah lukis tu, kemudian minta anak lukiskan semula objek yang dia nampak tadi. Latihan ni akan meningkatkan daya visualisasi anak dan dapat menguatkan fokus pancaindera (mata) anak. Sebab kemahiran pancaindera adalah penting dan titik permulaan kejayaan kanak-kanak dalam pelajaran. Cuba fikir, kalau kita dapati anak tak dapat tengok benda dengan betul, mesti ada something wrong dengan mata anak kan, so kita dapat detect early dan dapat ambil tindakan cepat. So dari situ dapat bantu anak belajar dengan baik. Sama juga dengan pancaindera lain, kena latih menggunakannya selalu supaya keupayaan atau ketidakupayaan anak dapat dikesan cepat. (masa sesi ni, semua peserta dibekalkan kertas kosong dan Pak Din ada demo beberapa lukisan kat whiteboard, past dia padam, pastu suruh peserta lukis balik. Alhamdulillah, kebanyakan peserta dapat visualise objek-objek tersebut).

3. Ini tips rumahtangga pulak. Kalau nak masak atau buat air atau nak masak nasi, semasa nak kacau air atau basuh beras tu, pergerakan hendaklah ikut pergerakan tawaf iaitu lawan jam. Insyaallah makanan dan minuman lambat basi. Ada penjelasan saintifik berkenaan kaedah ini tapi Pak Din tak sempat nak explain. Mungkin perlu selidik dengan lebih lagi. Tapi apa salahnya amalkan, tak gitu?

4. Tips rumahtangga lagi, setiap hari sebelum anak pergi sekolah, seboleh-bolehnya masak sesuatu sebagai sarapan anak. Yang ringkas-ringkas pun takpe, sebab air tangan ibu tu banyak rahsianya. Saya terkedu kejap di situ. Sebab saya sempat goreng nuget atau drumet je tiap-tiap pagi sebelum Damia dan wafiy ke sekolah. hari cuti, alamatnya breakfast kedai lah. Pak Din siap buat lawak, kalau sarapan kat rumah, namanya keluarga bahagia. Tapi, kalau sarapan kat mamak, namanya Mamak Yang Bahagia..hahahaha..terasa sekejap.

Itu aje tips yang sempat Pak Din share kan sebab masa dah tak mengizinkan. Peserta pun dah letih dan dah tak sabar nak balik, masa tu dah pukul 6 lebih. Kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan program ini. Saya ada tanya teachers macamana Wafiy punya performance semasa program berlangsung, teachers kata alhamdulillah Wafiy boleh dah pergi surau tiap-tiap malam..adoi tak tau la itu perli ke apa? Dan katanya, wafiy gilir-gilir jadi imam solat dhuha dan zuhur kat surau, untuk peserta la kot. Alhamdulillah…

Camera 360

Okay, itu jer ceritanya. Hopefully dapat memberi manfaat kepada kita ….layan gambar mama perasan kejap…

Camera 360

wafiy dan bffnya, Iman

wafiy dan bffnya, Iman

Camera 360

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: