Makan-makan di opis

Amboi..macam dah tak de kerja je kan saya ni..siap boleh makan-makan masa kerja. Saya rasa semua opis pun akan ada masa-masa timeout macam nak buat birthday party staff ke, potluck sambutan perayaan ke dan mcm-mcm acara nk meraikan betul tak?

Opis saya ni best. Setiap bulan akan ada makan-makan meraikan staff punya birthday, kelahiran baby atau persaraan sekiranya ada lah. Kelab kami aktif la jugak dalam hal-hal kebajikan staff mcm ni. Kadang-kadang delayed la jugak due to bizi dengan mesyuarat tapi akan buat jugak wakaupun lambat.

Bulan lepas ada makan-makan meraikan persaraan CC dan besday staff..kena pakai baju batik Bahagian sebab kebetulan hari Khamis

image

image

image

Pastu kan…kitorang ada geng makan di pantry..hahahaha. geng ni akan bwk lauk konsep potluck hari-hari utk lunch sebab dah bosan makan lauk kafe busuk bawah tu. Kena turn saya..adoiii berpeluh gak fikir nak masak apa. Fikir punya fikir..masak yang senang je kikiki..tomyam je la..lebur je..

image

Sebelah tomyam tu sambal jawa kawan saya bawak. Rasa tomyam saya tu biasa je…tak sedap sgt cukuplah nak tahan lapar🙂

Kira dalam 2 minggu jugak kitorg bwk potluck macam ni utk lunch. Siap bawak beras dari rumah lagi utk masak kat office. Siap gilir-gilir bawak beras kalau dah malas masak lauk….dasar pemalassss. Tapi seronok makan mcm ni..rebut-rebut lauk tu adalah nikmat dunia..

Oklah..tu je nak share hari ni…jomlah pikir nak masak apa pulak malam ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: