11 bulan di bulan 11

Salam Maal Hijrah…cuaca sangat romantik kan akhir-akhir ini..best je kalau zzzzz kan..nak-nak cuti macam hari ni🙂

Semalam kan..Ziyyad dah genap 11 bulan. Sekejap je masa berlalu. Bulan depan dah setahun mamat tu. Rasa macam baru je lahirkan dia…

image

Umur 11 bulan ni..baru nampak gigi sebatang kat bawah. Tu pun kecik aje..mak kata kalau baby tumbuh gigi first kat bawah, kena buat bubur manis. Sebab kata mak, biasanya baby tumbuh gigi kat atas dulu. Ntahla tak tau adat mana tu…mak kata weekend ni mak nak buatkan. Ikut je la..mother always knows the best kan. Mak kata juga dalam ramai-ramai adik beradik kami, sorang je yg tumbuh gigi first kat bawah..iaitu….kak uda saya hahahaha…tu yang bebel macam Joyah, mak kata la..Alamak..ziyyad kalau kuat bebel jugak…tak tau laaaa..

image

11 bulan ni jugak, Ziyyad dah pandai memanjat..actually since 10 bulan hari tu. Tapi makin menjadi-jadi since dah naik umur ni. Tangga tu jgn cakapla..dah tak boleh leka. Semua benda dia nak buat tempat ‘pumping’ dia..sabo je la..ngeri je kalau jatuh. Satu lagi..merangkak punya laju..kdg tu elok je nmpk dia kat depan..tetiba tak sampai seminit dah ada kat dapur..hari tu masuk bilik air bawah siap tepuk-tepuk air lagi…kussss semangat..nasib baik takde kolah dalam bilik air..

Wafiy pun nampaknya makin sayang kat adik dia ni sebab dah boleh ajak main sama..semua mainan cars dan train dia dah diwariskan kat ziyyad..bagussss jimat duit mama papa..Damia pulak suka beno angkat ziyyad ke sana sini. Eiii ngeri kee kalau jatuh.

image

image

Bulan depan kena pergi klinik untuk jab 1 tahun sekali dengan check up. Tak sabar rasanya nak tunggu ziyyad setahun tapi pada masa yang sama macam nak freeze je masa..supaya jgn cepat sangat besar. Nak enjoy moments baby dgn ziyyad. Tapi..kuasa di tangan Allah..kita ni hanya merancang je kan…jadi ikutlah aturan Allah sebaik-baiknya..

image

Okla…gotta go now..ziyyad dah bangun tido..hmmm lamanya tido ziyyaaddd….

2 Comments (+add yours?)

  1. liya
    Nov 06, 2013 @ 06:14:02

    Kan kakkkk…mcm tknk diorng cepat sangat membesar. Kang rindu nk berbaby lagi..🙂

    Reply

  2. mamawafiy
    Nov 06, 2013 @ 10:11:44

    itula pasal…akak plan mcm2 tahun depan tup tup ada baby lagi haahahahaha..tapi takpe rezeki kan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: