SELAMAT TAHUN BARU 1435H

Salam Penghujung Tahun 1434H..

Kejapnyer masa berlalu sekarang ni kan…Dah nak masuk tahun baru dah…esok la tuuu

Artikel ini saya share dari emel pejabat saya. Suka nak share dengan kawan-kawan semua. Nak share pendapat sendiri nanti melencong pulak kan..

Sepintas lalu erti Hijrah:

Hijrah dari sudut bahasa bermaksud berpindah dari suatu ke tempat ke satu tempat yang lain.

Dari sudut Istilah ialah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Iaitu melakukan setiap amalan yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah swt.

 Tahun Hijrah ini diambil sempena peristiwa Hijrah Nabi Muhammad saw dan umat muslimin dari Mekah ke Madinah.

 Peristiwa Hijrah ini berlaku pada Bulan Muharram.

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Bulan Muharram

•1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah)
•10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
•Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
ØNabi Adam bertaubat kepada Allah.
ØNabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
ØNabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
ØNabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
ØAllah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
ØNabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
ØPenglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
ØNabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
ØLaut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kelebihan Bulan Muharram

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah pada hari Asyura iaitu hari ke 10 Muharram. Walaubagaimanapun disunnahkan untuk menambahkan puasa pada Asyura tersebut sehari sebelum (9 & 10 Muharram) atau sehari sesudahnya (10 & 11 Muharram) untuk membezakan puasa orang yang Yahudi.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya. Dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.

(Hadith riwayat Imam Ahmad, no:2047)

————————————————————————
Hari ni, pejabat saya ada menganjurkan Solat Asar berjemaah berserta tahlil dan pembacaan Doa Akhir Tahun. Seperti tahun-tahun yang lalu. Alhamdulillah, walaupun pengurusan tertinggi pejabat saya ni adalah bukan Islam (Cina) tetapi mereka tetap hormat dan beri kebebasan beragama untuk kami mengamalkan apa-apa acara keagamaan di pejabat. Cuma terpulang pada kakitangan nak join ke tidak. Petang ni tak ada mesyuarat, insyaallah akan join..mohon dipermudahkan…
Nak share juga Doa Akhir Tahun versi Bahasa Melayu: (baca selepas Solat Asar)

TERJEMAHAN DOA AKHIR TAHUN 1434H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya dan Engkau berlembut, tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah! Ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini, yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Dan jangan lupa, selepas azan Maghrib hari ini, baca Doa Awal Tahun..pun nak share doa versi bahasa Melayu: (sebab malas nak gugel yang bahasa Arab.tak kisah la janji faham maksud kan..)

TERJEMAHAN DOA AWAL TAHUN 1435H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarga dan sehabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah.. Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebuhan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang dilaknat. Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah. Kami memohobn juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-sebaik yang mengurniakan rahmat.  

p/s: ehem ehem..november datang lagiiii…kutunggu dengan penuh kegembiraannnnnn…yay!!!!

2 Comments (+add yours?)

  1. liya
    Nov 04, 2013 @ 14:17:27

    Selamat Tahun Baru kak..mohon maaf zahir batin yer..

    Reply

  2. mamawafiy
    Nov 06, 2013 @ 10:12:42

    salam maal hijrah juga lia…sama la kita ye..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: