Ziyyad dah 10 bulan hari ini

Salam Rabu..hari ni tak mampu nak WW saja sebab nak membebelšŸ™‚

Syukur pada Allah, anak kecik saya tu Ziyyad Imran dah 10 bulan hari ini…alhamdulillah dia membesar dengan senang tak banyak kerenah..walaupun terlebih manja daripada abang kakaknya. Sikit sikit nak merengek kalau tak nampak mama dia. So sekarang kalau mama nak ke mana-mana especially nak masak kena letak dia dalam walker dan bawak ke dapur. Baru dia diam. Papa siap buat lawak..lama-lama nanti Ziyyad boleh jadi Chef sebab hari-hari tengok mama masak..alahaii sebenonya mana ada hari-hari pun masak kan…tapi tu lah anak lelaki kecik saya tu..mesti nak nampak muka mama baru ok..kat taska ok pulak..hmm mcm-mcm la..

image

Tapi..saya risau sikit sebab Ziyyad tak boleh berdiri dan tak ada gigi lagi laaa…duduk pun boleh sikit-skit je. Tgk baby sebaya dia even muda dari dia pun dah ada yg merangkak dan berjalan. Gigi pun dah ada 3 4 batang. Adoiiiii risaunyaaaaa…..tapi semua baby tak sama kan..so bersabar je lah.

Yang ziyyad pandai sekarang adalah cakap ‘tata mama’ sambil lambai-lambai tangan dempak tu *gerammmsss*. Kalau hantar taska tu sampai pintu pagar je dah mula lambai lambai tangan sambil mulut membebel..ibu (teacher)dia kata ziyyad ni kuat membebel dan maybe akan cepat bercakap..hahaha saya pon rasa mcm tu..tu mmg ikut mama kuat membebelšŸ™‚. Pastu kalau orang bersembang dia mula la menyampuk buat-buat macam faham je apa orang cakap..jgn nnt dah besar awak suka nyampuk cakap orang dah ler ziyyad oii…

image

Satu lagi, selera makan ziyyad sangat ok compare to abang dan kakaknya. Bagi apa semua bedal..tak tolak punya. Bab ini memang mama suka sgt. Senang nak bawa berjalan kan sebab semua boleh makan. Itu..maybe ikut papa hohohoho *kena mintak maaf jap lagi ni*

image

Overall, saya puas hati dan gembira dengan perkembangan ziyyad from birth until today…tq Allah for this wonderful gift ever…semoga ziyyad membesar menjadi anak soleh yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara…aminnn

p/s: tak dapat update berat Ziyyad dah berapa kg sebab bulan ni tak pergi klinik checkup..nanti 12 bulan/ 1 tahun baru ada checkup..nanti nak gi klinik saje2 timbang berat ziyyad lah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: