Chekidaut….

Salam Khamis…esok Jumaat…weekend ni cuti sampai Isnin kan..suka suka suka sebab ada plan cuti-cuti..yeeehaaa

Sebenarnya nak cerita pasal check up Ziyyad 9 bulan hari Selasa baru ni..sebenarnya tarikh diberi 4 Sept tapiii sebab banyak makan semut dan tak setbkat kalendar telefon maka lupalah pada hari sebenar tu. Bak kata tuan beso..tu lah dok bergantung sgt kat smartphone tu gitu lah jadinya..nasib tak kena marah..

9 bulan tak ada kena cucuk. Normal check up saja mcm timbang berat, ukur tinggi dan ukur lilit kepala. Berat naik la of course sebab budak ni makan tak memilih..so far anak paling senang dari segi makan dan kerenah. Alhamdulillah. Berat dah jadi 8.1kg. Tinggi 70cm dan kepala 46cm. Sihat je tak de apa apa penyakit berbahaya. Fizikal pun okay.

image

image
image

image

Perkembangan psikomotor dan otot ok dan normal. Cuma mama ni risau sebab tak merangkak lagi..dan gigi sebatang pun tak ada. Tapi nurse kata itu normal sebab perkembangan baby ada berbeza dari seorang ke seorang. Bab tak merangkak lagi tu..nurse tu tanya : puan bagi baby masuk walker ke? saya jawab iye..pastu nurse kata hmmmm patutlah..most baby yg naik walker akan lebih cepat berdiri dari merangkak. Diorg akan merangkak tapi lambat ie selepas berjalan sebab kita paksa baby berdiri masa kita letak dalam walker secara tak sengaja..compared to biarkan baby bergolek di lantai..eh eh faham tak ayat ni..faham kannn…
image

FYI, mmg ziyyad dah naik walker since 8 bulan walaupun saya ada cerita sebelum ni kat entry lepas lepas yg saya keberatan nak masukkan ziyyad dalam walker atas sebab-sebab keselamatan..tapi kami decided to put him in a walker sbb dia ni lasak sangat bergolek menyusur lantai sampai bwh meja makan dan dapur pun pernah dijelajahi echeh…dahla lantai kotor dgn habuk yang tak berkesudahan walaupun dah sapu dan mop berkali-kali. Kira tak selamat juga utk dia bergolek atas lantai. Satu lagi reason..dia ni kalau tak nmpk kelibat mama dia memang cengeng tak tentu arah..so adanya walker dapat saya buat kerja rumah sambil dia boleh tgk muka saya puas-puas🙂. Insyaallah tak ada apa kot..so far tak ada pula kejadian yg tak diingini berlaku.

image

Satu hal lagi yang menggembirakan saya adalah ziyyad suka makan apa saja yang saya masak. Sekarang saya jadi rajin masak sebab dia jenis pemakan. Dulu memang tak adanya saya nak penat-penat masak bubur lepas balik keje then gigih keluarkan blender pastu blend bubur pastu bubuh bubur dah diblend dalam mangkuk kecik-kecik untuk bekal ziyyad. Sebab dulu abang kakak ziyyad tak suka makan tau..sedih dan penat je kalau masak tak ada orang makan kan. Sekarang everyday ziyyad bawa bekal ke sekolah walaupun sekolah ada provide makanan 3 kali sehari (yelah bayar yuran rm400 kan..padanlah dgn harga)..sebab saya rasa seronok masak untuk ziyyad ni..

image

Oklah..tu je nak cerita…nak gi tgk orang hotel setting bilik untuk event esok…tatata..

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: