Ziyyad 9 Bulan

Salam Khamis sambil berbaju batik ( utk yg keje gomen la)

Semalam ziyyad dah 9 bulan tepat. Tak sangka dah nak setahun dah baby mama..lagi 3 bulan setahun la. Tapiii…rasanya macam lambat pulak growth ziyyad ni compared to abang dan kakaknya. Ni masih tak ada gigi lagi walaupun dah mengganas menggigit orang macam dah ada gigi je. Duduk pon belum boleh sendiri. Kalau orang tolong pegang boleh la🙂 . Baru je dok angkat angkat bontot gaya nak merangkak tapi dah dekat 2 bulan camtu je tak de merangkak pon. Berat badan tak check yang latest sebab belum gi klinik untuk check up. Masa dia batuk last month ada gi klinik mama mintak Dr Marissa timbang berat dia..baru 7.8kg je. Alhamdulillah berat okay kata doktor.

20130809_164447

Bab bab mengagah orang terkekeh ketawa tu biasalah boleh je..skrg jadi super manja pantang namapk mama je nak minta dukung. Yg peliknyabpapa ada depan mata dia selamba je. Mama ni kdang kdang balik kerja kena selit selit celah pintu nyorok nyorok nak masuk rumah jgn dia nampak ( kalau papa amik dia balik sekolah la) kalau nampak mama sure nangis meraung kalau tak diambik.

 

image

image

image

Dari segi makan, ziyyad ni jenis kalau nampak orang makan memang muka macam nak terkam je makanan orang. Pastu suap je apa apa semua dia bedal. Tak macam abang dan kakaknya. Baru baru ni saya try buat bubur nasi letak labu lemak kaler oren tu dengan stok ayam belen buat nasi ayam last weekend plus sikit daun sup..fuhh selera sungguh dia makan. Tak macam bubur yang lain sebelum ni. Ye la labu kan manis kira sedap la kat tekak baby. Kat tekak mama laaaagi sedappppp🙂. Sekarang saya buat makanan dia lebih untuk bawa ke taska hari hari sebab suka tengok dia makan berselera. Taska memang ada provide makanan everyday tapi ntahlah rasa gembira nak bekalkan makanan setiap hari utk ziyyad. Bekalkan 2 bekas tupperware kecik tu everyday. Malam makan sekali lagi. Kira 3 kali makan sehari cukupla tu kan. Hopefully mama ni bersemangat nak sediakan makanan utk ziyyad camni lah sampai bila bila🙂

image

Hmmm sebenarnya risau lah tengok baby sebaya ziyyad dah pandai duduk dah ada gigi bagai macam Harraz comel anak Lia dan ada sorang anak kawan saya tu dah pandai duduk. Nanti next week checkup 9 bulan nak tanyalah kat doktor..normal ke tidak ni? Macam wafiy tak merangkak terus berjalan doktor kata ada kes camtu so oklah. Hopefully ziyyad ni oklah. Lain baby lainlah caranya kan .. ( cittt bunyik cam loser je hahaha)

image

image

Oklah..just nak share kegembiraan seorang mama bila anak membesar dengan karenah tersendirinya. Alhamdulillah…

Ok got to go….babai..nnt kita cerita lagi..

2 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Sep 05, 2013 @ 13:39:19

    anak buah ida si nuha tu takde gigi pun segala macam makanan kitorang dia baham. umur 6 bulan da mengamuk bagai kalu mak dia suap nasi tak suap kat dia sekali.

    bila da dapat gigi lagi rancak dia makan. pahtu nakal kalau datang umah ida mesti nk buat inspection every almari kat dapur tu. favret playing ground dia = beg baju yg kotak tu. huh.. biar dia sorang2 main dalam beg tu pun takpe..

    apapun, ida doakan Ziyyad membesar dengan sihat, kata org puteh: to each baby, their own happiness🙂

    Reply

  2. mamawafiy
    Sep 05, 2013 @ 14:23:08

    tqvm ida….minta minta begitu lah yer

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: