Cerita Sedih Menyambut Merdeka 56

image

Salam Selasa.. plannya dah jadi Selasa yang Selesa but turn out to Selasa yang huru hara..but nevermind…hari masih panjang..be positive lah whatever happen.

Saya tengok Elysium jumaat lepas. Jumaat tu saya cuti. Bukan nak cerita isi kandungan filem nya best atau tidak. Nak cerita pasal iklan sebelum mula wayang. For your info, sepanjang ogos dan september ni semua panggung diwajibkan tayangkan 2 filem pendek pasal kemerdekaan. Pasal pengorbanan wira-wira negara yang telah bermatian mempertahankan negara. Mula-mula ada rasa mcm alah..biasa je filem pendek ni. Tapi alih-alih tak sedar saya menangis..iye betul saya menangis dalam panggung. Nasib baik panggung gelap dan tak ramai orang. Tak tau kenapa tiba-tiba rasa tersentuh tengok kisah polis tu tinggalkan wife dia yang sarat mengandung dan dia akhirnya pulang dalam bentuk jenazah sebab kena tembak dengan pengganas..aduhhhh sangat menyentuh jiwa keibuan saya. Tapi tak boleh nangis lama-lama sebab pastu ada lagu Negaraku dimainkan. So kena berdiri menghormati lagu kebangsaan kan. Syukur semua org dalam panggung tu berdiri dengan sportingnya tak kira bangsa. Bagus sangat kan..masih ada yang sayangkan Malaysia.

Pasal Elysium..anda wajib tengok jika anda minat cerita futuristik dan action movie. Ianya 18sx ye sebab sangat banyak unsur gaduh dan ganas. Tapi saya rasa puas tonton cerita ni sebab sangat best tak sedar dah habis. Nak tau sinopsisnya silalah gugel ye. Yang penting nak cakap kat sini..filem ni akan membuatkan kita terfikir apa akan jadi kalau betul betul dunia ni ada 2 darjat macam tu…memang tak adil

Tu je nak cerita..gtg…until we meet again..

2 Comments (+add yours?)

  1. liya
    Sep 03, 2013 @ 15:25:16

    Dh lama x masuk cinema..huhu. akk bawak ziyyad sekali ke? Dia ok?

    Reply

  2. mamawafiy
    Sep 04, 2013 @ 11:39:30

    huhu..lia..akak tak bwk ziyyad..tgk sorang je..sbnrnya tak plan pun nak tgk wayang bagai…kalau bwk dia haru biru lerrrr

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: