Haruskah saya beli walker bantu berjalan untuk bayi saya?

Sebenarnya saya sedang berfikir untuk membelikan Ziyyad baby walker. Sebabnya ada banyak. 1. kesian tgk dia asik terlentang kat lantai semasa org2 yg dah berjalan ni ke sana-sini 2. sebab dia suka berguling-guling sampai kadang-kadang kat depan pintu. masuk bawah sofa pun pernah. haruslah segala debu dan habuk kotoran lantai tu melekat kat badan dia (rumah kami mmg banyak habuk..dah sapu pun still ada habuk..) 3. sebab kadang-kadang dia nangis kalau dibiarkan kat lantai lama-lama..

Kalau ikutkan mak saya, umur 6 bulan dan dimasukkan baby dalam baby walker sebab katanya senang mak nak buat kerja. Baby pun dapat bergerak bebas. Tapi orang zaman ni kata baby walker tak bagus untuk perkembangan baby. Even nurse dan doctor pun kata macam tu. So hati saya dah agak berbolak balik sama ada nak belikan baby walker atau pun tidak..so marilah kita google sedikit fakta..jgn nak google bajubajan handbag je hehehehehe..

So, ni lah penemuan yang paling memuaskan hati saya:

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia 

 Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari – risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi. Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar.

Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Ketiga, walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya. Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan ‘kereta’ kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik yang bebas dari bahaya. (Baca tip-tip tentang memastikan rumah anda selamat untuk bayi.)

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan. Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu.

Disemak oleh Dr Winston Yong Sin Chuen, bekas profesor madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, sekarang ahli konsultan pediatrik di klinik swasta di Lembah Klang

KESIMPULANNYA: macam dah tak jadi belikan baby walker since memang ada banyak keburukannya. Tambah pulak Damia dan Wafiy nanti mesti jaki tengok adik masuk walker kan..mau ditolaknya adik ke sana sini..ngeriiii kalau jatuhhhhhh…so let’s consider the alternative..i think I wanna buy Bumbo Seat…apa itu Bumbo Seat? I am 100% sure all you mothers out there tahu kan…kalau tak tahu google kan ada..so let’s google..

2 Comments (+add yours?)

  1. liya
    Jul 21, 2013 @ 00:39:21

    Harraz dh masuk walker kak. Mmg kena monitor selalu bila letak dlm walker tu sebab dia dh mula nk explore dunia baru kan. Tapi sebab umah lia ni ‘kosong’..xbyk perabot n hiasan so ok kut.. :’)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: