Dah 6 Ramadhan

Salam Isnin penuh keceriaan semua..

Takde apa nak share sangat sebenarnya. Malas sangat rasanya. Nak share gambar makanan macam tak proper pulak sebab orang tengah puasa kan. Kalau tak puasa pun takkan boleh makan sewenang-wenangnya kan kat office ke kat rumah ke.

Harap-harap hari ni lebih baik dari semalam, dan hari Jumaat lepas to be exact. Jumaat lepas saya masuk angin 1 badan..cirit -birit (CB) dan muntah-muntah macam pregnant pulak gayanya sampai tuan beso pun panik..siap cakap kat Ziyyad (padahal budak tu tak pandai bercakap lagi pun)..” eh Bang Chik (tu nickname Ziyyad sekarang ni di rumah), dalam perut mama ada baby lagi Bang Chik  ?”..chittt..baby la sangat..sebab baru je lepas habis P hari Selasa tu elok-elok je sebelum 1 Ramadhan. Kat office jgn cakaplah..bertabah aje dengan angin satu badan pastu dengan ngantuknya..muntah-muntah plus CB..sangat berat rasanya kepala. Dah la balik tu nak singgah PARAM punyalah azab nak cari parking last-last i give up and balik terus dengan harapan nak masak. Ye memang saya masak tapiii masak sayur cendawan tiram tumis dengan goreng ikan tenggiri 2 ketul je..cita-cita nak buat tenggiri sweet sour lebur terus sebab pukul 645 ptg saya dah flat depan tv golek-golek dengan Bang Chik…fuh..panjang ceritanya ni..kesimpulannya…memang dugaan Allah..dan silap sendiri sebab gatal makan asam pedan ikan merah leftover berbuka Khamis tu untuk sahur..lauk tu dah tercemar rasanya. Terus serik nak makan lauk leftover lepas tu…

Hari ni..taknak masak (sabo je la) sebab ada miting petang ni..sure habis lambat. Beli lauk kat kafe je. Muktamad. Sahur esok goreng bilis dengan cili bawang je. Janji bukan lauk leftover *serik beno*

Okaylah..selamat berpuasa di hari ke 6 ..semoga dikuatkan mental dan fizikal menghadapinya…

p/s: camne boleh terlupa birthday adikku Lia ni…nampak beno dah tua nya..sorri ye Lia..

1 Comment (+add yours?)

  1. liya
    Jul 15, 2013 @ 14:17:51

    Hehehe..tq so much kakak ku. Xpe la..tk amik ati pun. Bln2 puasa ni mmg banyak benda nk difikir kan.

    Btw..selamat berpuasa kak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: