RaNDOm..

Salam Isnin

Hari ni ramai yang bercuti rasanya..sempena Deepavali dan Awal Muharram. Plus cuti sekolah yang dah bermula.

Untuk saya, it’s such a relief. Akhir-akhir ni memang ada rasa ‘mandom’ skit nak kerja..sindrom nak beranak agaknya. At least, adanya cuti ‘lompat-lompat’ tengah minggu ni menceriakan jugak la hati dan menyemangatkan lagi diri ini…mudah-mudahan..

#out of topic, thing to ponder:

Tentang Prinsip Hidup dan Bertimbangrasa.

Pernah tak anda melalui keadaan di mana pergaduhan dan kemalangan di jalanraya yang berpunca daripada misunderstanding dan miscommunication yang kecik sangat? Contohnya, driver kereta depan (A) tak bagi signal tetapi terus membelok masuk ke kiri/ kanan, dan driver di belakang (B) terus langgar kereta depan? Walhal sebagai seorang driver yang dah biasa dengan keadaan jalanraya dan tabiat pemanduan rakyat Malaysia, B dah boleh agak pun dari cara kereta depan tu dia nak turn left/ right tetapi A tak bagi signal aje…Dan isunya di sini B mati-mati pertahankan prinsip dia yang A yang totally salah sebab tak bagi signal blablabla..akhirnya pergaduhan mungkin terjadi di situ. Kalau kena gayanya, kena buku dengan ruas, alamat bertumbuk la A dan B. Atau lebih teruk dari itu.

Ok, di sini, pendapat saya, kadangkala prinsip tak boleh dipegang sangat. Cuba guna kewarasan dan timbangrasa sikit, terutamanya di jalanraya yang melibatkan nyawa. Kat mana-mana pun sebenarnya timbangrasa tu sangat perlu. Janganlah nak rasa ‘gedebe’ sangat nak pertahankan ego mentang-mentanglah seseorang dah buat salah tu, kita tak boleh nak bertolak ansur dengan orang tu. Cuba fikirkan, kalau B pun bawak kereta dengan niat yang baik-baik, bukan niat nak cari gaduh dengan sesiapa, insyaallah semua OK. Pasal si A yang tak reti bagi signal tu, itu serahkan kepada dia untuk berfikir lain kali. Mungkin pendapat saya ni sangatlah typical..dan mengharapkan semua orang di dunia ni baik-baik sahaja niatnya, tapi ..itu tak mustahilkan. Nak ubah dunia, kenalah ubah hati, diri dan pemikiran sendiri dahulu kan..

# Pemerhatian saya tentang gaya pemanduan rakyat Malaysia semasa di Shah Alam semalam….tiada kena mengena dengan anda semua hehehe. Sikit lagi nak bergaduh mamat 2 orang tu..sebabnya, seorang mamat tak bagi jalan kat seorang mamat lagi masa nak keluar Giant Stadium tu..kalau eksiden semalam kan susah semua..apa salahnya seorang tu bagi je mamat seorang lagi tu jalan..akhirnya semua pun dapat keluarkan? Dari korang memekak buat pasal tu, ada faedah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: