Ketam Masala

Salam Selasa

gara-gara terbaca entry Wahida pasal resepi Ketam Kari Kering dia tu..fuhhh terus balik kerja semalam saya terjah kedai beli ketam..memang saya dari dulu mengidam ketam masak cili ala-ala crabby fatty kedai cina tu..last week gi makan kat Restoran Hj Sharin Low tapi silap order menu la..gatal-gatal mulut order Softshell Crab Deep Fried With Salted Egg..amik sekor je RM25. Sekali tu dah sampai order, makan seketul je dah tak boleh telan sebab rasa hanyir telur itik tu kuat sangat..kesiannnn kan…

So, semalam tu niat di hati nak beli banyak la ketam tu..tetiba tinggal 2 ekor je pulak. Tapi besarla..kena potong untuk memudahkan masak. Upload gambar kat FB, ada kawan sekolah minta resepi. Alamak tetiba mcm rasa malu sebab resepi tu saya main hentam je..ikut rasa mulut sendiri dan pemerhatian.

Tapi, not bad la..saya campur bahan-bahan resepi dari Wahida dan tambah kurangkan sikit ikut sedap tekak..

Kalau sesapa nak cuba resepi yang simple, ni dia resepi saya:

KETAM MASALA

Bahan-bahan:

2 ekor ketam saiz besar (sekarang memang musim ketam tengah gemuk kan). Letak garam kunyit, gaul rata.

6 ulas bawang merah kecik- tumbuk hancur

4 ulas bawang putih- tumbuk hancur

1 inci halia- tumbuk hancur

2 sudu makan cili blender (saya guna Cili Giling Puteri tu je)

2 sudu makan sos cili (brand apa pun boleh, saya pakai Maggi)

2 sudu makan serbuk kari ayam Baba’s (brand apa pun boleh)

1 kuntum bunga lawang

Garam dan gula secukup rasa (saya tak pakai serbuk perasa)

Daun sup untuk hiasan (sikit je)

Sebiji telur ayam dipukul rata

Minyak masak untuk menggoreng ketam secukupnya

Cara masak:

1. Ketam yang dah siap gaul garam kunyit tu gorengkan kejap agak-agak 5 minit. Jgn garing sangat nanti kecut jadinya tak sedap.

2. Angkat ketam, ketepikan. Keluarkan minyak gorengan ketam tu, tinggalkan sikit dalam kuali yg sama.

3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hancur. Pastu masukkan bunga lawang.

4. Agak-agak bahan tu dah naik bau dan kekuningan, masukkan cili giling dan sos cili.

5. Tumis sampai naik minyak. Pastu masukkan serbuk kari yg dah dibancuh dgn air masak. Jgn cair sangat.

6. Kalau suka berkuah, tambahkan air masak sikit. Kalau tak, biarkan kuah tu mendidih baru masukkan ketam yang dah digoreng tadi.

7. Perasakan dengan garam dan gula. Agak-agak la ye ikut tekak masing-masing.

8. Masukkan telur ayam yang dah dipukul tadi. Kacau cepat-cepat, kalau boleh kecikkan api. Takut hangit nanti..

9. Dah siap untuk dihidangkan. Tabur daun bawang yang dihiris halus.

p/s: Kalau tak nak bubuh cili sos, boleh jugak. Tapi kena bubuh air asam jawa sikit ye…

So, cuba la ye kawan-kawan…

babai..tq Wahida for the recipe…..

2 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Oct 17, 2012 @ 09:44:27

    macam senang jer.. nak try buat jugaklah. yeay.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: