Selamat Maju Jaya…

Kejadian lunch tadi…

Nak meraikan kepergian my officer yang akan berkursus DPA selama 6 bulan..walaupun hati saya tak merelakan kepergian beliau..sebab beliau adalah tulang belakang Unit saya di samping officer lain. Kepergiannya akan memberikan kesan besar kepada jadual tugas kami nanti. Nampaknya kena susun jadual balik. Saya kena buat kerja dia jugak la nanti…takpe la. Bukan senang nak dapat pergi kursus tu..almost 3 years, she’s been waiting for this course. Selama 3 tahun tu jugak la dia tak sah dalam jawatan, kesian kan. Risau jugak nak melepas dia pergi kursus ni, it is a very TOUGH course, sesiapa pernah pergi kursus tu akan bersetuju dengan saya. Baru-baru ni ingat tak ada seorang PTD meninggal semasa kursus? ini lah kursus yang dimaksudkan…so saya fahamlah macam mana perasaan dia, parents dan hubby dia nak melepaskan dia pergi kursus ni..saya harap dia akan tabah, berdisplin, sabar dan cekal menghadapi ujian ini. Hanya 4 benda tu je yang boleh tolong dia mengharungi kursus ni..eh eh ni nak membebel ke nak cerita ni?

okla..dipendekkan cerita, untuk kasi semangat beliau up sikit, saya bawak dia lunch bersama-sama kawan lain kat PADi HOUSE kat Galeria PJH Putrajaya ni je. Baru bukak kot. Dulu biasa makan kat Cyberjaya je. Sekarang dah dekat. Suasana yang nyaman, dapatlah kami sembang-sembang sambil bagi nasihat sikit-sikit untuk buat bekalan. Dia masuk kursus 1 Oktober tapi dia dah start cuti esok sebab nak kena kemas-kemas barang. Lagipun, kasi can la nak manja-manja dengan family dia kan..saya pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan dan pernah melalui fasa yang dia akan lalui ni. cuma beza saya dan dia, masa saya pergi kursus ni, baru kawin sebulan lebih. Tak ada anak. Dia dah ada anak dah. Dan family jauh, di JB sana tu..

Makanan PADI biasalah kan..balik-balik makan Seafood Fried Rice..hehehe. pastu tambah Japanese Cheese Cake, Pavlova, Oreo Cheesecake dan Nachos in Salsa…balik-balik tu je kan. Japanese Cheesecake tu tak sedap sgt, mcm kek span ditambah secubit cheese je rasanya. Rupa paras mmg menarik dah. Pavlova tu perghhhh memang sedap…kat tekak kami la…Oreo Cheesecake tu sedap gak..mcm Secret Recipe punya je. Nachos tu keras skit, tak mcm Manhattan..

Seafood Fried Rice

Tapi terkilan sebab tak sempat belikan hadiah sebagai tanda ingatan. Walaupun lepas kursus ni, dia akan balik semula ke Unit saya, tapi tak confirm 100% lah. Takut ada aral melintang, dia kena pergi Ministry lain je..minta jauhkan laaaa….

*yang diraikan: budak baju pink tudung pink pakai spek sebelah saya (gambar kiri bawah)

Kepada dia, saya ucapkan Selamat Maju Jaya..kuatkan hati dan semangat. Jangan mengalah selagi belum mencuba. Redah selagi belum parah..kita boleh lakukan apa saja asalkan kita mau…ingat motto kita: Sentiasa Selangkah Ke hadapan… sentiasa bersedia walau apa keadaannya…

okeiss nak kesat airmata kejap…*ini bukan propa*….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: