kadang-kadang…

Salam Rabu semua

hmm sambil-sambil update KPI boss, sambil-sambil tu tertengok update FB kawan-kawan..hehehe tapi kat tepon usang ni je la..sebab kat harta benda opis ni (laptop) semua bentuk social media dah diblock kan..nice kan? tak de la saya mengular aje *iyolah tuuu*

pastu kan, mula la berangan-angan..seperti:

1. nak pakai henbeg LV Neverfull yang beribu-ribu tu sebijik beg sahaja;

2. nak pakai henfon baru yang canggih-canggih macam you all semua ada;

aikkk..2 je wishlist awak? ye..itu je la setakat ni..

dalam 2 tu pun, memang payah nak dipertimbangkan..

sebab, banyak benda kadang-kadang kita tak perlu sangat pun. cuma nafsu mengatasi akal pemikiran.

contohnya, henbeg LV tu, perlu ke orang keje gomen cabuk macam saya ni nak usung ke sana sini? sampai hati ke nak ‘melukakan’ dan ‘mengusangkan’ henbeg ekslusif tu? Nanti orang ingat saya ni pakai LV fake pulak, iyelah takat keje gomen……..

tu la..kadang-kadang, setiap benda yang kita nak kan atau wishlist kan, pada pendapat saya, kena kita muhasabah dulu betul-betul, perlu ke tidak perlu..memang kadang-kadang mampu nak dapatkan, tapi berbaloikah dan sesuaikah dengan hidup kita?

tepuk dada, tanyalah diri masing-masing………………………………..

p/s: sekadar renungan sahaja…tak ada kena mengena dengan orang lain, kecuali diri saya sendiri….

1 Comment (+add yours?)

  1. shahsulong
    Sep 27, 2012 @ 13:56:22

    ida pon terasa nk pakai phone canggih.. adik2 study uni da ada Samsung SIII, ada yg ada XPeria, IPhone.. ida ada C3 dan blackberry basic je..

    terasa nk membeli juga yg best-best macam Note 10.1 tapi bila dikenang semula, tak perlu itu semua. apatah lagi kalu bayar guna kad kredit. sebelum ini da tolong dahulukan duit almost RM4k untuk abang dan adik beli handphone idaman diorang. untuk ida takpelah dulu.. mana tau kot2 ada bonus akhir tahun kan? :harapan tinggi:

    kalu setakat beg LV tu, takpe la, ida masih tahap beli beg rip-off kat pasar malam batu feringghi lagi, he he he

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: