last weekend…

Salam semua..

sekejap je dah nak masuk bulan Oktober kan. jap lagi November, pastu Disember. Baby keluar insyaallah bulan Disember. Minggu ni saya dah masuk 7 bulan. Perut cam tu gak, kejap mengecil kejap membesar, bergantung kepada kegelojohan melantak hehehehe..berat dah naik berkilo-kilo. Tu yang malu nak upload gambar terkini. Malu sendiri bila tengok gambar sendiri.

last weekend kami ikut papa ber’team building’ kat PD pulak..Hotel Corus Paradise sahaja. Kalau ikutkan saya memang malas nak bergerak jauh-jauh sekarang ni. Nak-nak abah tak sihat start hari Jumaat tu. Kesian nak tinggal dia. Tapi budak-budak tu memang pantang dengan perkataan ‘Hotel’, ‘Resort’ dan seumpamanya. Sebab dah tau kat tempat-tempat tu sure ada swimming pool..haish….memang membebel je la mak buyong ni setiap pagi dan petang nak mengangkut diorang ke swimming pool..tak senang nak makan..hehehehe..kalau korang (anak-anak) tak jadi Nurul Huda Abdullah ke, Pandelela ke siap korang ye….

gambar kat swimming pool tu kan, mama diaorang sendiri tengok pun dah muak..asik-asik adegan tu aje diulang tayang. Sut yang sama pun. Pelampung je bertukar-tukar..hehehe

Corus ni best jugak sebab boleh mandi dan jalan-jalan kat pantai sebelah tu…bersih jugak. Pastu ada cage besar dalamnya ada rabbit dan burung merpati dan nuri…boleh bagi makan jugak tapi kena beli la makanan tu RM2 sepeket. Wafiy dan Damia memang suka rabbit dan birds, so setiap pagi dan petang lepas swimming kena la menapak tengok haiwan pulak..layan je la…

Kami balik hari Ahad pukul 11 lebih camtu. Singgah kedai mamak kat Pekan PD sebab Wafiy sibuk nak makan roti canai….pastu terus ke rumah mak tengok abah lagi. Alhamdulillah abah dah sihat sikit masa tu. Dah boleh berjalan-jalan dan naik motor. (ke dia buat-buat gagah supaya kitaorang tak paksa di ke klinik? ntahla..orang tua mmg susah nak dipujuk ke klinik)

Next weekend pulak, ada lagi agenda. Ke Sg Besar, balik kampung dan ada kenduri kawin sepupu Tuan Beso pulak..setiap weekend memang tak lekat kat rumah la….

ok la..gotta go now..babai…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: