Perjalanan Syawal 2012 yang dah nak habis

Salam Syawal..dah hari keberapa kita raya ni eh? dah lost count la pulak..rasa mcm cepat je Syawal berlalu…

dah nak habis raya, baru ada mood sikit nak upload gambar-gambar beraya tahun ni..memang tak banyak ambik gambar pun sebenarnya.

yang tak malas, makan dan bersembang. Terlalu sibuk sampai nak ambik gambar pun lupa.

2 Syawal 1433H, di rumah Along BBSalak Tinggi

* L-R: Kak Lang, Ucu Ika, Kak Ndak, Kak Uda, Saya (Mak Tam), Timah. Yang malu tak nak masuk gambar, Angah, Along, Cik Ada, Pak Endek.

Kawan-kawan sedara mara datang rumah pun, tak ada beria sangat nak ambik gambar. Asyik berborak aje…iyelah lama tak jumpa..yang selalu jumpa pun sembang beria-ria je..masa ni lah nak eratkan sillaturahim kan…

8 Syawal 1433H, rumah PIL adik kat Sijangkang

Kat office pulak, setiap hari dalam tempoh 2 minggu pertama naik kerja tu, ada aje Open Office. Bahagian kami pembuka acara. Penutupnya semalam, office tingkat 3. Disebabkan semua Dept pun saya ada kawan, maka, makan sesaje la sepanjang minggu ni.

Open Office BPK, 10 Syawal 1433H..di bilik office tercinta

Rasa bosan jugak makan juadah raya yang kadangkala sama aje kat setiap Dept, tapi, dah rezeki kan. Makan aje la. Agak-agak dah bosan, silalah panjangkan langkah ke kedai makan ye…

Sambutan Raya MOT 17 Syawal 1433H

Hujung minggu ni kan cuti panjang, Isnin tu cuti ganti untuk Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad..so, memang ada banyak jemputan Open House dan kenduri. Tapi, maybe langkah saya pendek sikit sebab Tuan Beso ada seminar sepanjang weekend tu..walaupun tak jauh, kat Morib je, tapi still dia takde kat rumah..takpelah..tunggu saki-baki kawan dan jiran datang rumah la jawabnya…biskut raya ada lagi ni, boleh la jamu sedikit sebanyak kat tetamu (macam la ada orang nak datang kan)..

23 Syawal 1433H, Open Office my BFF

*gambar ni cilok dari FB Aishah…sori chah..

okla…masa dah time…Selamat Menyambut Hari Malaysia semua!!!!!

2 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Sep 14, 2012 @ 17:32:05

    gambar i yang bulat juga yang menjadi pilihang.😀

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: