besday dan sedih menjelang aidilfitri

* nampak bebeno dah tak de mood nak kereje ini hari (dan esok…)..tu pasal ada entry tambahan ni pulak…

Hari Ahad lepas, 12 Ogos 2012 adalah ulangtahun kelahiran tuan beso (suami) yang sangat saya sayangi dan hormati…yang ke ehem ehem 32 tahun..iye, dia muda setahun dari saya….

tak ada celebration yang happening sesangat, sebab bulan puasa lagipun beliau memang seorang yang wasatiah..sambut-sambut besday ni memang tak pernah dibuatnya..kecuali besday saya dan anak-anak. Nak beli kan kek pun dia kata tak payah, nanti tak termakan. Almaklumlah, bulan puasa mana ada orang terhingin nak makan kek..lagi baik makan murtabak ke, satay ke, roti john ke…kan..Tapiii, mak saya masak special punya untuk majlis iftar Ahad tu, untuk menantu kesayangan dia (ni mak yang cakap tau)..masak lauk-lauk yang tuan beso suka..macam rendang ayam pedas, sambal sotong, pajeri terung dan abah lagi bagus, siap sediakan sebotol beso Coca Cola sejuk sebab dia tau menantu dia memang hantu Coca Cola sejuk..

Jujurnya, saya kesian tengok tuan beso every time besday dia. Sebab dia mesti akan terkenangkan arwah emak dan bapak yang dah lama tinggalkan dia. Memang sayu giler. Masa dia hadap juadah yang mak masak untuk dia iftar tu, dia termenung lama..saya tau, dia rindukan arwah emak dan bapak…*alamak sedih apasal saya pulak menangis ni**********

Saya tahu tak ada apa benda/ orang dalam dunia ni yang boleh gantikan arwah emak dan bapak, untuk dia dan adik beradik dia..sebab tu dia tak herankan hadiah ke ape benda ke dalam dunia ni masa besday dia..dia harap kalaulah masa boleh diputar, dia nak emak dan bapak dia ada disamping dia selama-lamanya…alamak i’m so sad la……(apatah lagi dia kan..)

Buat dia, suami saya dunia akhirat insyaallah, saya doakan dia panjang umur murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, dilimpahi dan diberkati rahmat Allah dan sentiasa dilorongkan hati untuk membuat kebaikan dan dijauhkan dari malapetaka dan hasad dengki manusia. Amin…

Ohya sempena besday beliau dan juga sempena raya yang dah nak dekat ni, meh saya nak share kan salah satu nostalgia yang paaalinngggggg tuan beso sayangi sehingga kini, iaitu gambar Aidilfitri beliau bersama abang dan adik beliau semasa beliau berumur 5 tahun, masa tu bapak dah meninggalkan mereka adik-beradik..kira gambar ni masa tahun pertama mereka bergelar anak yatim..diorang beraya kat rumah paman (pakcik) sebelah bapak masa tu..so korang agak sedih tak sedih beraya dalam keadaan macam tu? Ni la gambar nyer:

* Tuan Beso adalah buda debab yang silang kaki tu..muka sebijik macam Wafiy kan

Okla…..jom kita kesat airmata……………….sobsobsobbbbbbbbbbbbbb

2 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Aug 15, 2012 @ 17:12:15

    a ahla… sebijik macam wafiy… heheheh😉
    kim salam happy belated birthday ye kat tuan besar…🙂

    Reply

  2. shahsulong
    Aug 15, 2012 @ 17:45:27

    Amin… moga doa isteri solehah dimakbulkan-Nya.. selamat hari lahir tuan beso..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: