Kad Ucapan Aidilfitri Yang Paling Saya Suka

Salam 19 Ramadhan…subhanallah dah nak penghujung Ramadhan rupanya…

Macam biasa, office saya sudah dihujani dengan kad-kad ucapan Aidilfitri dari orang-orang yang baik hati dan yang mahu menjaga silaturrahim sesama insan. Tak kira orang Melayu atau bangsa lain. Elok la tu. Even kad raya pertama saya adalah dari YB Menteri yang berbangsa Cina. Alhamdulillah, kita di Malaysia dapat hidup rukun damai meraikan hari kebesaran masing-masing tanpa sekatan sebarang pihak. Ikhlas tak ikhlas tu belakang cerita la pasal bukan kerja insan seperti kita nak ukur tahap keikhlasan seseorang tu kan.

Dalam banyak-banyak kad tu, saya tertarik dengan kad daripada supplier new train kita tu yang dari China tu. Kad dia macam booklet, bukan sekeping je, ada 4 keping dia bind kan buat mcm buku. First page tu gambar bunga rose kaler coklat dan merah. Second page ada terjemahan ayat-ayat Al-Quran. Wah yang itu betul-betul buat saya terpaku. Eh..betul ke tafsiran dia ni ha..sedangkan dia ni syarikat China. Selak page ke 3, ada fadilat puasa dan amalan-amalan yang disunatkan kita buat masa berpuasa. Wah yang itu pun buat saya terpaku tambah ragu-ragu. Eh biar betik mamat ni..Selak page akhir (4) pulak, ha…kat situ baru datang keyakinan sebab semua ayat-ayat terjemahan dan isi kandungan kad tu telah disemak oleh Ustaz Hussain Ye dari Al Khadeem Foundation, Petaling Jaya.

Sedikit sebanyak saya rasa terharu sebab orang luar macam dia ni, ada inisiatif nak menghormati agama kita dengan adanya inisiatif dia nak buat kad ucapan Aidilfitri macam ni. Cuba tengok diri sendiri pun, kalau saya nak design kad ucapan pun, akan letak gambar family la, gambar ketupat la, nama nak letak fadilat puasa semua tu, takkan ada la. Harapnya dia pun dah baca isi kandungan kad ni supaya mudah-mudahan dia dapat faham keindahan agama kita atau lebih jauh lagi, mendapat hidayah untuk menjadi Muslim. 

p/s: Zaman internet ni, korang ada buat kerja pos-pos kad ucapan lagi ke? saya, tidak lagi…guna sms sahaja..hehehehe. Yang penting, ingatan.

3 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Aug 09, 2012 @ 10:04:10

    wah… impressed. entah kenapa tahun ni ida teringin nak antar kad raya kat kawan2 yg da lama tak ketemu. beli setem, rupanya dulu 30 sen dah jadi 60 sen. takpelah. kad raya cuma 60 sekeping, hehehe.

    hari ni dah 20 Ramadhan.. moga kita dapat istiqamah menunaikan tarawih dan mengaji Quran..

    Reply

  2. shahsulong
    Aug 09, 2012 @ 10:31:41

    *60 sen sekeping

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: