percubaan pertama…

Salam 10 Ramadhan..dah masuk first 10 days Ramadhan kan. Cepat je masa berlalu..Moga kita terus diberi kekuatan untuk menjalankan ibadah di bulan mulia ini.

ini entry orang jakun buat cookies raya sendiri…idea nak buat Choc Chip Cookies ni saya dapat dari Geng Kak Nam saya tu. Ceritanya, ada sorang Kak Nam ni memang dah pakar buat Choc Chip ni. Katanya senang jer..saya pun macam eh..betul ke senang ni? Sebab saya ni memang bukan jenis masak-masak cookies punya tangan. Tapi dia beria-ria kata senang sangat. Ingatkan memula tu nak oder je Choc Chip ni dengan adik cantik manisku Lia since cookies dia nampak menyelerakan dan i’m sure sedap.

Tup-tup Jumat lepas lunch hour kami serbu Carrefour, atas hasutan Kak Nam yang pandai tu. Beli bahan-bahan buat cookies tu. Wah..dalam hati ada debar la jugak, kotnya tak jadi cookies saya tu nanti, malunya dengan tuan beso. Memang bahan-bahan dia simple je dan mudah didapati..ececehhhh…

So, sabtu tu mula la projek Choc Chip Cookies. Dalam plan, Sabtu tu nak buat Biskut Dahlia a.k.a Samperit resepi tradisi mak saya..tak jadi la nampaknya. Next Weekend la, insyaallah. Punyalah payah berperang dengan askar kecik 2 orang tu nak buat cookies pada hari kejadian..Damia makan tepung gandum mcm makan gula, wafiy pecahkan telur atas jeans dia, pastu Damia makan Hershey’s choc chip pulak, pastu wafiy tumpahkan esen vanila. Fuhhhh…jenuhh jadi naga kejap hari tu. (Tuan Beso takde, buatkan tinted kete kat Bangi).

Akhirnya, setelah berjaya menundukkan serangan askar-askar, ni la hasil yang tak seberapa (buruk beno rupanya):

Komen Damia: Mmmmmm..sedap mama..mcm kat kedai ‘wangi’ Alamanda (Famous Amos)..ayarkkkk..perasan dah mama dik oiii

Komen Wafiy: wahhh…..biskut kita jadi la mama (wah wah bila pulak jadi biskut ‘kita’ tu Wafiy? Dia makan 3 ketul je pastu stop. Iskkk dia memang bukan jenis pemakan.

Komen Tuan Beso: Manis terlebih la mama..maybe kena kurangkan gula sikit (baeklaaaaaahhhhh)

Komen mak dan adik beradik (bawak dalam 100+ pcs utk mak): Sedap la..boleh buat lagi (alamak ni kena buat lagi la ni sebab yg saya bagi tu dah tinggal sikit jer..kena baham anak-anak buah)

Komen Zahrah (anak Along): mm sedaplah biskut raya yang Mak Itam bagi (siap post kat status FB dia pulak..malunyaaaaaa laaa)

Okla, lepas ni nak buat lagi cookies ni. Kena buat banyak adunan supaya tak habis sebelum hari raya..hehehehehe

p/s: jakun kan entry ni, Lia? Maklumlah, first time buat dan alhamdulillah jadi.

p/s: mood buat biskut raya dah ‘on’..sama naik dengan mood lagu raya yang dah dipasang di radio sekarang

p/s: pagi tadi Geng Kak Nam bersidang kat tingkap, cerita pasal ‘kejayaan’ buat cookies ni…lawak betul. Kecoh je kan.

3 Comments (+add yours?)

  1. liya
    Jul 30, 2012 @ 15:07:14

    Yeayyy..congrats kak. Simple jer kan..nak ngan xnk buat jer..hehe. Klu tau senang dr dulu lia dh buat sekut raya sendiri..

    Reply

  2. mamawafiy
    Jul 30, 2012 @ 15:26:52

    iye la Lia..akak rasa MALAS tu yg buatkan akak rasa x boleh buat..insyaallah akak dapat semangat dari kerajinanmu dik….hehehe

    Reply

  3. shahsulong
    Jul 31, 2012 @ 09:13:19

    wah.. ida pun terfikir nak buat cookies sendiri je tahun ni. dengan harapan menjadi. masaih tak pandai lagi nk operate convection oven ni.. selalu sangat salah setting

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: