menu berbuka a.k.a sahur

Salam 7 Ramadhan..dah seminggu puasa alhamdulillah…so far macamana korang punya cerita berbuka dan bersahur? masa BW malam tadi, wahhhhhh macam-macam jenis makanan menarik kawan-kawan upload…bagus jugak, dapat idea nak makan apa nanti masa buka/ sahur, kan..tak la buntu sangat….

semalam berbuka kitorang makan char koey teow (tak jadi……) permintaan Wafiy…macam la dia puasa nak request macam-macam. pastu buat sandwich goreng. rupanya sangat buruk, tu yg malas nak upload, rasanya boleh la tahan..hehehehehe. Air laici kordial tu je..ingatkan nak buat jus tembikai tapi sebab tak sempat, tembikai tu makan gitu aje la…

saya ni dah la tak biasa masak sikit-sikit sebab adik beradik ramai, so biasa masak big portion (eleh..sebenarnya bukan selalu masak punnnn kannnn)..jadi..lebihan char koey teow tak jadi tersebut telah direcycle untuk sahur pulak..sebab tak nak membazir…lagi pun tekak dah tak selera makan nasi pagi-pagi (kata tuan beso la).

bezanya, sahur tadi saya potongkan cili api tuang kicap, sebab char koey teow tu tak pedas langsung. ok la makan pedas-pedas masa sahur terbuka selera sikit…plus goreng telur mata kerbau sorang sebijik (kemain upload gambar cili potong kicap..macam orang tak tahu buat je)

ni gambar budak berdua tu masa shopping malam tadi- Alamanda aje, dalam pukul 9 baru gerak. kantoi tak pegi terawikh kan. sekarang memang tak larat nak terawikh. insyaallah weekend pergi la. geram je tengok poster Upin Ipin tu..Wafiy siap tanya, mama, Kak Ros dengan Opah tak de ke mama? Saya kelentong dia, Kak Ros dengan Opah tengah buat biskut raya..hahahahahaha nasib laaa…Wafiy tu masih tak boleh lepas botol susu la..risau jugak sebab dah masuk 6 tahun..sesiapa ada petua tak untuk budak bertuah ni lepaskan botol susu dia tu ek? silalah kongsi dengan saya…

ok la got to go….nanti sembang lagi…Selamat Berpuasa semua!!!!

2 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Jul 30, 2012 @ 12:25:29

    Akak kejaaaammmm..kejam..kejam…

    huwaaaa..dah terliur dah ni. Tadi plan nak berbuka ngan nasi lemak..tetiba nampak post akak ni terus nk makan char kue tiaw pulak..huwaaaa..*nanes*

    Reply

  2. mamawafiy
    Jul 30, 2012 @ 12:41:31

    alamak….sori Lia..takpe..ni senang je nak buat..petang ni boleh buat ye *pujukpujuk* hhehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: