Kurma dan Ramadhan

Salam 5 Ramadhan

Nak cakap pasal kurma, bukan bulan Ramadhan pun kurma ada dijual di mana-mana, kan. Kat Alamanda ni, memang ada satu kiosk jual berjenis-jenis kurma, dari berjenis-jenis gred dan range harga yang berbeza-beza ikut jenis.

Ada kawan saya tu memang jenis suka makan kurma, tak bulan Ramadhan pun dia tetap simpan stok kurma kat rumah. Makan hari-hari untuk kesihatan, katanya. Selain ikut sunnah Nabi, kurma jugak ada banyak khasiat saintifiknya. Memberi tenaga, dan untuk orang mengandung boleh menyihatkan kandungan dan memperbanyakkan susu badan.

Saya ni, sebenarnya bukanla peminat tegar kurma kalau nak ikutkan. Makan pun sebab bila orang balik umrah bagi, bukannya gila-gila sangat kat kurma. Bulan Ramadhan pun, makan kurma sebab nak ikut sunnah Nabi (terukkan…). Sebab kurma ni rata-rata manis sangat bagi saya (wah kalau minum teh tarik manis-manis tu boleh lalu pulak kan).

Bila tiba Ramadhan pun, tak pernah beli kurma. Ada kurma sebab orang bagi. Tapi, Ramadhan kali ini, gigih saya mencari kurma sebab entahla tetiba rasa teringin sangat  nak makan. Semalam, lunch hour kami Geng Kak Nam terjah Alamanda saja-saja nak cari barang sikit. Saya nak cari kacang bendi untuk Art Class Wafiy. Selain nak beli kurma kat kiosk tu la. Yang Kak Nam lagi 2 orang tu saja nak ikut hehehehe…last-last depa pun terjebak dengan nafsu shopping Ramadhan ish ish……

Sudahnya, tak jadi beli kurma kat kiosk sebab masa tak cukup nak pilih bagai. Rembat je Yusoff Taiyoob kat dalam Carrefour tu..

Saya beli 2 jenis je. Mariami Prima RM10.95 dan Chocodate RM9.95. Mariami tu 100gm kalau taksilap. Chocodate tu 90gm ada 10 biji. Saya tak tahu pulak Yusoff Taiyoob ada jual kurma dalam convi pack macam tu…ingatkan ada dalam kotak je….

Rasa kurma Mariami tu sama je..sederhana besar, moist dan tak kering sangat. Tak ada tangkai. Sedap dan lembut…..

Chocodate tu, macam saya kata dalam FB saya malam tadi, sangattttt manis menyentap. Iyelah, kurma disalut coklat susu pastu dalamnya ada badam..memanglah manis. Damia habis sebiji. Saya pun makan sebiji. Makan sikit-sikit boleh la kot. Banyak-banyak nanti kencing manis pulak…

Ok la..itu aje nak cerita. Jangan lupa simpan stok kurma kat rumah tau..sebab banyak khasiatnya. Selain daripada dapat pahala ikut sunnah Nabi.

 

3 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Jul 25, 2012 @ 10:24:50

    mak ida memang simpankan kurma untuk kakak yg akan bersalin. dia cakap blend dan minum.

    Reply

  2. mamawafiy
    Jul 25, 2012 @ 12:20:28

    ida, blend kurma dgn fresh milk buat mcm smoothie tu sejuk2 mmg sodappppp dikkk

    Reply

  3. shahsulong
    Jul 27, 2012 @ 11:44:06

    ye ke? wahh.. balik nanti nak try lah!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: