Minit Mesyuarat Geng Kak Nam Edisi Puasa #1

Salam 3 Ramadhan….

korang buat apa lunch break tadi? google resepi? atau bincang dengan kawan-kawan opis nak masak/ beli apa untuk iftar hari ni?

(tu saya la yg buat camtu..plan nak join tadarus dah ke lauttt…asal berjumpa kawan-kawan Kak Nam memang apa pun tak bolehhhhh…hehehehe)

so, isu yang menjadi topik perbualan Geng Kak Nam tadi, samada nak masak atau nak beli je juadah iftar kat PARAM atau beli kat kafe busuk bawah. oh ya, kafe busuk memang beroperasi secara langsung during lunch hour tau, tapi untuk tapau lauk je la. macam-macam la pros and cons yang kami bincangkan antara masak vs beli. wah kemain pros and cons ye..macam buat paperwork pulak. dah tu, kalau nak beli tu, kena pulak bincangkan nak beli kat mana, kat PARAM ke kat kafe busuk.

so, berikut adalah penemuan Mesyuarat Kak Nam No.1 tadi:

1. kalau beli kat kafe busuk, dah lah perut kosong, bau baju busuk, tambah pulak dengan status Mak Buyong ni, memang meloyakanlah. Plus, kemungkinan terbeli lauk basi sangat tinggi ye. So, option kafe busuk tak dipertimbangkan.

2. Kalau beli kat PARAM, mak oiiii memang eden tak sanggup. Kat sini, sebutlah PARAM ceruk Presint mana pun, memang manusia macam ulat taik tau. Ntah dari mana asal-usul mereka, tak dapat dikenalpasti. Seawal jam 1 tengahari dah penuh dah PARAM Presint 2 tu..tak caya tengoklah kereta dah berderet-deret depan MOF tu. Again, status mak buyong yang ala-ala princess kebelakangan ini (dek sebab pemalasnya Ya Rabbi), memang tak la nak pergi PARAM tu kan. Tak berbaloi, nak berebut-rebut macam dapat makanan percuma pulak.

3. Seterusnya, option masak sendiri. Yang ni, Mak Buyong dan Geng Kak Nam macam nampak banyak pros la berbanding cons nya. Macam-macam la menu yang disarankan oleh Geng Kak Nam (kecuali Mak Buyong sebab Mak Buyong kan princess= pemalas masak). Ada cadangkan ikan pari masak asam pedas, sayur petola tumis air campur udang dan suhun, sambal telur. Macam menarik jugak, tapi kat rumah tak ada stok lauk pauk basah. MAklumlah princess (again). Tetapi dek kerana malu dan tak mau kalah dengan Geng Kak Nam yang lain, Mak Buyong terpaksalah mengagahkan diri untuk masak petang ini…….alamak, dah tak princess la mcm ni kan😦

Amacam, ada gaya minit mesyuarat bebas tak? Sebenarnya saya tension la nak fikir nak masak sahur/ iftar hari-hari (cheehhhhhh..posa baru 3 hari dah tension?)..tolonglaaaaa kalau saya ada masa yang lebih tiap-tiap subuh dan petang, sure saya akan masak sendiri juadah untuk sahur dan berbuka. Masak simple-simple je la kan. Gulai ke rendang ke memang takkan la.

Alah..udah laaaaa…besok-besok, PARAM jugak destinasinya……masa tu mesti Geng Kak Nam gelakkan saya ramai-ramai…..malunyer…………

eh ok la…melalut je pulak…sampai jumpa lagi, Selamat Berpuasa dan beribadat kawan-kawan sekalian…….

3 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Jul 23, 2012 @ 15:28:42

    Hihihihi…lawak la entry akak ni. Nampak sangat ke’emak-emakan’ tu..hihihi
    Macam tu la orang pompuan bila dah bersuami n beranak pinak kan..semua benda dari sekecil-kecil hingga ke besarnya nk difikir..

    Reply

  2. shahsulong
    Jul 23, 2012 @ 18:02:16

    setakat orang bujang berpuasa, buka masak mi udang, spagghetti dah cukup..

    moga masa lapang boleh guna untuk membaca al-Quran~

    Reply

  3. mamawafiy
    Jul 24, 2012 @ 08:34:43

    lia: hehehe memang sngt mak-mak kekdahnya.bab makan mmg jadi mak-mak..
    ida: masa bujang ni la nak enjoy kan…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: