ntah apa-apa ntah

Salam Selasa

serabutnya Ya Allah..dah la dekat seminggu takde kat office

kerja melambak pun kena settle, tengah uruskan peserta kursus yang macam hazab berperang dengan Israel tu pun sempat lagiiii boss kasi tapau keje kat hotel..adoilaa camni la keje pencacai

ada banyak benda nak cerita, nak cerita pasal kursus, pasal masak-masak (eleh tak habis perasan pandai masak la tu), pasal puasa, pasal Floria lagi..hmmm nantilah kalau ingat dan ada masa..

ohya sebut Floria ni..mehla kawan-kawan jauh dan dekat..silalah ke Floria Putrajaya 2012 di Presint 2, ala dekat tapak Pasar Tani MOF tu..dekat2 area belon panas hari tu gak..best woo..temanya Bunga kErtas..mmg banyak giler jenis-jenis bunga kertas yang dah dihybridkan..so cantik..rasa nak rembat je sepasu dua tapi tuan beso dah jeling penuh makna..baik saya tak payah beli..kang kena sound tepek tak pasal-pasal je..dah la dia angin je selalu kalau pokok mati gara-gara lupa nak siram…ni pokok bunga lagilaaa manja kan..mesti nak berbaja bagai..memang tak pass nak beli la tu…

dan ada bunga api jugak every night jam 10.30 ke atas tau..malam pertama kami tengok live sekali dengan Boat Parade..malam kedua iaitu malam tadi tengok dari tingkap bilik umah je la nampaknya…hehehehe

ohya Floria dan bunga api tu bermula 30 Jun 2012 hingga 8 Julai 2012 ye kawan-kawan..silalah kalau minat datangla ramai-ramai..cuma awassss….mungkin ketiak anda akan berlengas tak hingat sebab punyalah ramai manusia..entah dari mana datangnya mereka..echewahhhh…so kalau boleh bawak la air minum banyak-banyak senang kalau agak-agak nak pengsan tu teguk air banyak-banyak..eh ada kaitan ke..ntah….

okla..got to go..nanti saya upload gambar-gambar Floria yang tak seberapa cantik di henpon saya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: