berjaya=gembira la!!!

amboiiii..gembira sampai melalak-lalak kat Twitter dan FB akak ni..orang lain masak jugak, selalu masak, tak la kecoh mcm akak ni…

biasalah, orang jarang memasak memang berlagak sikit…

alkisahnya, cecita nak masak Puding Karamel dah jadi kenyataan…

so..gembira lah!!!

bahan-bahannya, so simple

bahan setelah diblend

p/s: malam tadi masa makan panas-panas *punya tak menyabo kan* rasa macam manis melenting sampai geli geleman tekak saya sampai ke subuh, tup-tup bila dah simpan dalam fridge dan bawa ke opis kasi kawan-kawan makan, tetiba dah tak jadi manis..magic betul.. *tu bukan magic, memang la cam tu..dan sejuk memang lah tak manis, dah diri tak pandai masak….hehehehehe*……. Komen chef kat opis ni, wahhhh sedapppp…heehhehe perahsan la pulak!!! u all cuba tau, senang jer buat puding ni!!!!  resepi saya cilok dari MyResipi jer..in case korang nak cuba, ni la resepi yang dicilok:

RESEPI: PUDING KARAMEL

Bahan-bahan

  • Telur (saiz besar) 7 biji
  • Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)- saya guna separuh tin jer, kalau tak mesti manis sangat-sangat
  • Gula Pasir 3 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Tepung Kastard 2 sudu besar
  • Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
  • Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
  2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).

Selamat Mencuba!!!!

1 Comment (+add yours?)

  1. lia
    Jun 20, 2012 @ 11:51:08

    Tak pernah try buat..sebab tau haris tak makan sangat. Tapi nanti nak buat gak lak..(Bila tuuuuuu…tak tau la pulak kan) hihihihi

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: