beruntung ada kawan baik hati

Salam Khamis

setelah mengharungi beberapa keadaan yang ‘menyeksakan’ seminggu ni, alhamdulillah masih ada sinar untuk diri ini bergantung harap (ewah ayat skema kalah novelis..tak pa la sekali sekala kan)…

mata masih gatal-gatal, tapi perut masih perlu diisi, kan, nak-nak part kemengidaman tu. Orang tua-tua kata kena tunaikan jugak apa yang kita idamkan supaya baby keluar nanti tak lah meleleh ayaq liuq..katanya laa…tak tau la betui ka dak..

so, idaman yang telah tertunai kali ini adalahhhhhhhhhhhh..jeng jeng jeng…..

KEROPOK LEKOR (walaupun tak sure Losong ke tidak).

Penyumbang yang amat baik hati adalah tak lain tak bukan kawan yang sangat baik dan prihatin dengan saya ni..Aishah (kembar saya orang kata..). tak kira apa yang tersebut dari mulut saya dia pasti akan cuba tunaikan. Saya sangat terharu dengan keprihatinan beliau. Selain suami saya, beliau adalah insan yang sangat memahami saya. Terima kasih Aishah..terima kasih di atas ingatan dan keprihatinan mu itu. Ingatanmu itu ku bawa sampai mati..mudah-mudahan Allah merahmatimu..

sebelum digoreng..pun dah menarik

Ada lagi 3 batang panjang belum digoreng. Cukuplah bekalan untuk minggu ini..eh tetiba rasa mcm anak jati Pantai Timur pulak bila sibuk nak buat bekalan keropok lekor ni..hehehe macam-macamlah kan.

Dan, ada lagi sorang kawan yang baik hati, Cik Ida kita. Dia dah belikan keropok losong original punya, memang original pasal beliau orang Losong pure. Dia balik kampung last week. Bermurah hati juga menambahkan bebanan bonet kereta belikan sampai RM20 keropok untuk mak buyung ni sahaja. Tapi ,belum sempat nak ambik. Maybe esok lunch kita jumpa ye Ida. Thanks in advance, Ida. Kakak sangat menghargai ingatanmu itu dik (sure Aishah marah kenapa kat Ida saya bahasakan diri ‘kakak’ sedangkan kat dia kami ‘beraku-engkau’ je padahal dia dan Ida sebaya/ hampir sebaya).

Moga Allah balas kebaikan kamu yang berbuat baik kepada orang lain. Ingatlah, kebaikan sesama makhluk alam akan ada ganjarannya. Tak esok, lusa. Kalau tak kena tempias kat diri kita, insyaallah kena kat family kita, kawan kita atau sesapa saja yang dekat dgn kita. Kepada kawan-kawan lain, harap jgn terasa hati dengan entry ini. Bukan saja nak kata sesiapa yang memberi tu baik sangat, tetapi just nak share kebaikan orang lain semoga lebih bersemangat kita nak buat baik. Itu aje. Bukan juga nak kata saya ni baik sangat sampai orang selalu buat baik kat saya, bukan..semata-mata nak share rasa gembira.

Sekianlah entry penuh perasaan hari ini…

3 Comments (+add yours?)

  1. shahsulong
    Jun 11, 2012 @ 09:40:27

    Moga Akak cepat sembuh.. kesian plak. takpe, kpok masih selamat di fridge Ida walaupun adik dan mak dah mengendeng tengok ada 4 bungkus kpok tak terusik dalam peti..

    Echah, ida selalu panggil kak sally akak, so i will always remain younger, he he he

    Reply

  2. mamawafiy
    Jun 11, 2012 @ 10:26:29

    tqvm ida…sayang ida banyak2…

    Reply

  3. aishahkay
    Jun 12, 2012 @ 16:55:33

    hehe… segan pula i baca post u ni..πŸ™‚ alhamdulillah sangat kalau keropok tu light up your day.πŸ™‚
    thank you so much… letih je puji i banyak2… *malu*

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: