alergik/ alahan semasa mengandung selain muntah-muntah

Salam Rabu

hari ni hari pertama masuk office. Isnin Cuti Rehat, Selasa Cuti Kecemasan. Cemas la sangat. Sebenarnya saya mengalami alahan yang teruk dah seminggu lebih. Alahan gatal-gatal, hidung berair, bersin- bersin, mata bengkak dan merah dan keluar cecair dari hidung dengan banyak. Tak tau lah makan apa, tapi yang pasti ini kali pertama terjadi dalam sejarah 3 kehamilan setakat ini. Asal petang je hidung mula tersumbat dan mata masyallah gatal sangat-sangat, macam nak simbah je minyak cap kapak dalam mata ni ha kasi lega…pergi jumpa doktor, dia kasi ubat tahan gatal tapi ubat tu mengantuk sangatttt…….nak nak memang saya ni jenis pukul 9 je dah layu mata. Mak kata maybe alahan mengandung tu…sebab sebelum ni tak de apa2 pun alergi atau resdung.

Rasa pelik jugak, gatal yang amat-amat sangat hidung dan mata ni…nak sangat tau apa masalah sebenarnya. google punya google..ini hasilnya… dipetik dari blog info kesihatan..

BERPANTANG ketika hamil? Mungkin ada beranggapan ia hanya menyusahkan atau tidak masuk akal tetapi tahukah anda, sesetengah orang terpaksa berpantang sepanjang hayatnya terutama ketika hamil; dan golongan dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah alahan.

Berpantang makan adalah perkara biasa bagi mereka tetapi keperluan ini meningkat ketika hamil bagi mengelakkan masalah alahan diwarisi anak.

Meskipun tiada kajian yang membuktikan wujudnya kaitan langsung antara pemakanan ibu dengan risiko alahan pada janin, pakar perubatan menasihatkan supaya mereka lebih berhati- hati; setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan masalah pada diri sendiri.

Alahan boleh berlaku kepada sesiapa pada bila-bila masa tanpa mengira usia. Kajian mendapati ramai orang dewasa alah terhadap makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Kebanyakan kanak-kanak pula mengalami alahan terhadap makanan.

Sesetengah pakar berpendapat hampir semua orang alah terhadap bahan tertentu tetapi tidak menyedarinya, mungkin disebabkan reaksi alahan yang sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar.

Alahan ialah tindak balas sistem imun. Ia berlaku apabila badan tersilap tafsir bahan di dalam makanan (biasanya protein) sebagai benda asing berbahaya dan perlu dihapuskan. Badan menghasilkan antibodi dipanggil imunoglobulin E atau IgE untuk ‘membunuh’ protein itu dan tindak balas ini menyebabkan pelbagai gejala.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, gejala alahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu alahan sedikit, sederhana dan teruk (anafilaksis). Bagi alahan yang sedikit, seseorang itu mengalami gejala setempat (tidak merebak) seperti:

# Ruam

# Gatal

# Mata berair

# Hidung tersumbat

Alahan sederhana bermakna gejala merebak ke lain bahagian badan dan seseorang itu boleh mengalami:

# Gatal

# Kesukaran bernafas

Alahan teruk atau melampau (anafilaksis) adalah tindak balas mendadak terhadap alergen yang membabitkan seluruh badan. Gejala alahan boleh bermula dengan gatal pada mata atau muka, dan dalam masa beberapa minit ia menjadi serius.

Tindak balas badan individu yang mengalami alahan teruk, berlaku dengan cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan melepaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskannya. Bagi individu yang mengalami anafilaksis, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan pelbagai gejala yang boleh mengancam nyawa pesakit. Antara gejala anafilaksis ialah:

# Gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma) – yang menyebabkan kesukaran bernafas atau menelan

# Kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema

# Sakit perut

# Muntah

# Cirit-birit

# Pening atau berasa keliru

Katanya, ada banyak faktor yang boleh merangsang gejala alahan dan antara pencetus masalah yang biasa ialah:

# Alergen udara seperti debunga, kutu rumah, kulapuk dan bulu serta sel mati daripada haiwan

# Sesetengah makanan terutama yang kaya protein seperti kacang, gandum, soya, ikan, makanan laut dan susu

# Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan

# Sesetengah ubat seperti penisilin atau antibiotik berasaskan penisilin

# Susu getah atau alat yang dibuat daripada getah

Adakah kehamilan meningkatkan risiko alahan?

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan.

“Hormon yang dihasilkan ketika mengandung membawa kesan yang lebih kurang sama seperti steroid dan ia akan memperlahankan alahan. Ketika hamil, daya ketahanan wanita akan dikurangkan untuk mengelakkan penolakan janin yang dianggap oleh sistem imun sebagai benda asing. Peningkatan ketolerenan sistem imun menerbitkan keadaan ‘kurang waspada’ terhadap bahan asing.

“Perubahan ini membuatkan potensi untuk berlaku alahan ketika hamil juga meningkat. Contohnya, serangan asma boleh berlaku lebih kerap; atau serangan kali pertama terjadi ketika hamil. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya juga boleh berlaku; penyakit asma bertambah baik dan lebih senang dikawal,” katanya.

Bagi wanita yang ada masalah alahan, apa kemungkinan akan terjadi?

“Kawalan asma yang baik ketika hamil sangat penting bagi mengekalkan bekalan oksigen mencukupi kepada janin yang sedang membesar. Kelahiran pramatang (tidak cukup bulan) dan tidak cukup berat mungkin disebabkan kawalan asma yang tidak baik.

“Kebanyakan ubat untuk asma boleh diambil ketika mengandung dan tiada bukti ia boleh meningkatkan risiko atau membahayakan janin. Bagaimanapun doktor menyarankan pesakit asma yang hamil mengambil ubat pada dos paling rendah – cukup untuk mengawal gejala saja,” katanya lagi.

Alahan hidung biasanya berlaku pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Wanita hamil lebih mudah mengalami masalah hidung tersumbat, gatal dan hidung berair. Usah bimbang kerana keadaan ini biasanya disebabkan perubahan hormon.

Urtikaria (gegatal) dan ruam alahan juga antara masalah biasa yang dialami ketika hamil. Salah satu ruam yang paling kerap dikesan ialah sindrom urtikaria pruritik papul dan plak kehamilan (Sindrom PUPPP) – juga dikenali sebagai letusan polimorfik kehamilan. Wanita akan mengalami letusan rasa gatal terutama pada bahagian bawah abdomen dan atas paha.

Selepas bersalin, ruam ini akan hilang sendiri tetapi ia boleh menyebabkan rasa sangat rimas khususnya pada beberapa bulan terakhir kehamilan. Sebaliknya masalah ekzema biasanya mengurang dan ini mungkin disebabkan peningkatan penghasilan hormon mirip streoid.

++++++++++++++

Doa sangat-sangat semoga diberi kekuatan untuk mengharungi alahan ni. Nak kena pantang makan la kot..seafood tu rasa macam sayang je nak tinggalkan..ayam tu kira memang tak berminat sekarang ni…huhuhu

okla..you all jaga kesihatan tau. jangan jadi macam saya……sayangkan tekak sangat hehehehe

2 Comments (+add yours?)

  1. Azrinna
    Jun 06, 2012 @ 10:54:19

    Informasi yang menarik. Tq sebab sharing.

    Reply

  2. aishahkay
    Jun 06, 2012 @ 11:59:52

    semoga mama sentiasa sihat… dan alergik ke apa ni tak berpanjangan🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: