weekend all around the world…

Salam Isnin..

dah breakfast? kalau belum pegilah ambik masa kejap minum/ makan..breakfast kan penting..saya baru sudah. brppppp sedapnya lontong plus rendang kerang (amboi sejak pregnant ni makan tuuu main sedaaappp je ngalahkan raya haji erkkk.no wonder badan mcm guni dah ni)

tajuk tu mcm berjalan ke Australia ajer kan..kemain around the world..padahalnya cuma dalam Malaysia je, in fact tak boleh solat jamak pun hehehe..ahh dulik apa kan janji tajuk gempak hahahaha..

okey, hari Sabtu pergi Genting..iye Genting Highlands tu la. Sebelum tu pergi kedai mamak, gagah bangun pagi-pagi buta nak makan Roti Arab dengan kari sekali tak ada daa…takpe, layan roti telur dengan nasi lemak singgit je la. rekod paling awal ke mamak: jam 8.36 pagi..tak tahu lah laki saya tu asal bininya mengandung je, ke tempat sejuk-sejuk je diajaknya..suprise konon. tabiat betul..dah la tak plan pun, bukak mata terus cakap dgn anak sulung dia :oke jom bangun semua, kita pegi Genting:. Huwaaa nak nangis jap sebab ingatkan plan makan roti arab tak jadi..sebab itu plan asal malam tadi kan. (amboi makan jer yg penting kan). Budak dua orang apa lagi, masa tu jugak punggah lemari cari glove saki baki Cameron hari tu…dengan sweater mengalahkan sejuk beno la Genting tu kan…

sekali tu, sampai Genting:

hujan..

dan kabus tebal..nyaris tak nampak jalan…

nak turun kete pun tak boleh sebab hujan..sejukkkkkkk…

setengah jam kat atas, turun bawah balik. Budak-budak tu kalau dibiarkan memang tak nak turun.

Singgah Gohtong Garden, pegi melawat tumbuh-tumbuhan hehehe

makan kat situ. tetapi seriusly tak sedap..sesapa pegi, tak disyorkan makan ye. nak beli souvenir okla sebab ada byk pilihan, FM, berlambak-lambak..

 

beria-ria budak-budak tu menggunting strawberry sana-sini. sudahnya 3 bakul ko..bayo jgn tak bayo….

pastu dalam pukul 3 gerak balik ke Banting. Mak dah masakkan bubur pulut hitam untuk saya sebab semalam akak tanya nak makan apa..so, since bubur tu paling susah nak masak..(malas sebenonya)..minta mak masak hihihi…

sampai umah mak, tengok-tengok ada 2 biji jengkaut (eh ke tracktor)…kat depan umah. sekarang abah ada operasi besar-besaran tanam semula kelapa sawit kat belakang rumah (kebun)…so si jakun baju merah belang-belang tu apa lagi….aksi aksi aksi..dahla umah abah cucunya majoriti lelaki..pompuan ada la 4 ketul out of 13…so, adiknya dok tepi sebab takut..adoiii boleh pulak..

balik umah dah tengah malam. selepas berlerai dengan budak baju merah belang tu, taknak balik sebab nak tido atas jengkaut tu…fuh…kalau owner tu dengar mau dia reka pakej penginapan 3 hari 2 malam atas jengkaut…hahahhaa anak saya pelanggan pertama la tu…

ahad tu duduk rumah jer la…penat dah semua…

hari ni..macam biasa la..kerja selagi diperlukan. selagi kuat dan sihat. selagi dunia tak berhenti berputar. Ya Allah, panjangkanlah umur kami supaya kami dapat terus beribadat kepadaMU, supaya dapat terus merasai nikmat kurniaanMU dan terus dapat berbakti dengan kudrat berkat belas ehsanMU..amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: