tak tahu masalah..kena muhasabah diri sendiri

Salam Jumaat

saya tak tahu apa masalah saya

nak beli Al-Quran yang ada terjemahan, bersaiz kecik agak-agak boleh masuk dalam handbag. Niat dah lama sangat. tujuan nak baca Al-Quran bila-bila masa terluang dengan mudah. Al-Quran besar standard tu memang ada 2 naskhah kat rumah.

tahu banyak kedai-kedai buku jual. Merata-rata. Apatah lagi kalau kat Alamanda atau KLCC yang selalu dikunjungi tu. 

tahu harganya tidaklah mahal sangat semahal sebiji handbag buatan luar negara yang sentiasa diidam-idamkan tu.

tahu banyak kelebihan kalau sentiasa baca dan amalkan benda yang disebut dalam Al-Quran.

tahu bahawa Allah sangat sayang kat orang yang selalu baca Al-Quran, sehingga setiap satu huruf yang dibaca dihitung pahalanya.

tahu bahawa Al-Quran banyak mukjizat, banyak kelebihan bagi sesiapa yang beramal.

tahu sekian-sekian hari, kita dianjurkan baca sekian-sekian surah tertentu untuk tujuan tertentu..

 

TAPI…

kenapa saya selalu melupakan niat untuk beli Al-Quran tersebut setiap kali saya pergi shopping

padahal dah tahu memang niat nak beli dah lama

tahu ada Al-Quran yang saya nak tu mesti ada kat MPH atau kedai majalah kat shopping complex

dan tahu harganya sangat murah kalau nak banding dengan handbag yang saya bawak hari-hari…

JADI,

apa masalah saya disini?

Ya Allah, tolong lah ringankan urusan hambaMU ini untuk membeli senaskah Al-Quran idaman hati itu…terasa ‘sesuatu’ alamat di atas ketidakupayaan saya ini..Ya Allah ampunkan hambaMu ini dalam apa jua keadaan…sesunggunya yang baik itu datang dari Mu, yang buruk pula semestinya dari diriku sendiri…..permudahkanlah urusanku kali ini….bantulah hambaMu ini untuk mendekatkan diriku pada Mu Ya Allah…

4 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Apr 20, 2012 @ 14:58:03

    aku pun sama.
    aku ada alQ kecik ni kat opis kalau ko nak, datangla amik.
    ada dua… satu aku beli, satu orang bagi…

    Reply

  2. mamawafiy
    Apr 20, 2012 @ 16:32:01

    tqvm dear…lap u lah!!! nanti i amik…

    Reply

  3. abanglong
    Apr 21, 2012 @ 13:03:02

    salam

    download.. install kat hp.
    salah satu temporay solution 🙂

    Reply

  4. mamawafiy
    Apr 23, 2012 @ 10:24:21

    salam kembali abanglong (yerkkk..mcm kenal jer hahaha..dulik..janji happening hahaha)..
    ok gak idea tu bang..tapiiii i kena upgrade phone kot..kasi lebih smart gitu hehehe
    tq bagi idea bernas..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: