alkisahnya….

Salam Khamis

dah petang pun..esok dah Jumaat. tengah pening kepala fikir apa jenis hadiah nak beli untuk my officer yang dah tamat kontrak. Esok majlis farewell. Sungguhlah saya ni tak berbakat bab-bab pilih hadiah ni…

sementara tu, nak ceritakan alkisahnya si wafiy anak bujang saya yang sedang kemaruk makan laksa semenjak seminggu dua ni..mula masa makan laksa kat rumah mak ngah dia kat Ipoh raya hari tu, saya tak percaya dia suka. Sebab dia memang sangat sangat pemilih bab-bab makan ni. Sapa yang tahu cerita ni tahu la kan bahawasanya anak saya tak makan nasi sejak kecik lagi…hebat betolllllll anak mat saleh celup ni rupanya…

so, bila dah dia kata dia suka laksa, plus kemaruk nak makan laksa di pagi-pagi buta, mama dia mulalah tak senang duduk. sebabnya bagi mama dia, masak laksa sangat susah..nak perisi isi ikan, nak rebus laksa, nak masak kuah laksa, itu-ini…mana ada masa nak buat benda tu semua. Papa dia senang je kaedahnya, mama singgah la kedai makan beli laksa untuk wafiy hari-hari..huwahh senangnya papa ko bercakap. Mama nak singgah kedai pun bajet-bajet masa (elehhhhhh yela tu….bajet-bajet masa sebab takut terlepas Asar kan). Tetiba masa beli nasi masa lunch kat ‘kafe serba busuk’ kat opis ni ha (serba busuk sebab kafe terkepap kat level basement. apa kehal lah JPM boleh approve kafe tak strategik camtu)..nampak ada satu gerai jual laksa…tetiba timbul simbol lampu bernyala di kepala..ok lah rembat sebungkus..brilliant lah!!!!

dalam hati bersyukur banyak-banyak…alhamdulillah selesai isu masak-memasak laksa ni….tak penat, tak leceh malah….sedaaappppppppppppp….tak caya, cuba tengok ekspresi muka wafiy

* sila abaikan keadaan rumah yang mcm tongkang pecah. sekarang ni guna tikar dogol ni ganti karpet. Karpet kat dobi, Mia tumpahkan susu kat karpet…

Ohya, Mia selaku follower kepada Leader, terpaksa suka makan laksa juga. I follow you, katanya hehehehe

Yang atas tu, Leader punya, pedas-pedas sedap

Yang bawah tu, seserabai Follower kepada Leader, kepunyaan Follower…telur rebus tak tinggal okay

ada orang tanya (kat FB) kenapa tak masak sendiri je? dia tak la tanya direct. tapi mama kan sensitif lebih. mestilah sentap sikit.

alahaiiiiiiiii kawan…saya takde masa la nak masak laksa yang sememangnya diketahui leceh dan remeh nak membuatnya. Tak pandai dan tak de masa nak belajar okay. saya tau la masakan yang dimasak sendiri lagi bagus, tapi saya memang tak mampu…

arghhhh…alasan semua tu..okay sila gugel resepi sekarang……………..okaylah chowwwwwwwwww

1 Comment (+add yours?)

  1. aishahkay
    Mar 22, 2012 @ 16:15:47

    HEHEHEHEHE…
    sabar ye mama… saya tahu sebenarnya beli sebungkus siap tu lagi murah kan daripada beli barang2 tu… tapi tak buat banyak pastu tak abis… laksa bukan boleh simpan lama sangat kuah2 tu… sekadar nak makan malam budak2 tu… anak dua orang makan sebungkus, baik beli lah…

    lainlah macam i dulu… adik beradik ramai… makan je apa2 yang mak masak… tak sempat nak demand… heuhuehue

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: