they never fail to make me smile…

Salam Jumaat semua…

Esok weekend dah. Tapi, esok kena kerja jugak. Ada mesyuarat pembentangan SKT 2011 macam saya cerita dalam entry semalam. Barang semua tak pack lagi ni. Biasalah nama tengah saya adalah SAAT AKHIR (hahaha..joke serius, kata suami saya).

Semalam, saya fetch anak-anak dari sekolah sebab semalam balik awal skit. Biasala Damia tu, kalau saya ambik, nampak je kereta saya dari dalam sekolah, terus menjerit mamamaaaaaaaaaaa macam tak berjumpa setahun je gamaknya….tapi, itulah yang menceriakan hari saya. Rasa hilang semua penat dan masalah kerja bersama jeritan tu. Saya rasa semua moms mcm tu kan. Yang hantar anak pergi sekolah la. Saat kita fetch anak-anak tu sangat priceless kan. Pastu tengok ekspresi muka Damia yang happy always tu, plus dengan mulut yang menggelembung dengan makanan (selalunya lah) buat saya gembira.

Pastu, ada suprise tambahan selalunya. Apabila hasil kraftangan/ pembelajaran hari berkenaan ditayangkan kat display area depan sekolah. Fuhh mcm biasalah Damia ni ada perangai suka menunjuk skit..selalunya akan tarik-tarik tangan mama untuk cari mana satu dia punya handycraft. Eleh…mama dulu pun buat semua tu Damia, takla pulak perangai mcm kamu ni *huhuhuhu ayat taknak kalah*. Kadangkala bukanla apa sangat pun kraftangannya. Come to that part, I can’t help but SMILE SMILE SMILE sambil cakap dalam hati *alahai anak, dah besar kamu.*

* koleksi gambar untuk frame dinding, taken on 1st March 2012 *

* bakal profile-pic FB Damia lagi 2 tahun *

Wafiy pulak, kalau nak tau, adalah jejaka pemalu (dan berdisplin apabila di sekolah aje yer…) sangat skema bila kat sekolah. Apa teachers suruh memang without fail dia akan buat. Pastu kalau time ambik balik sekolah, sangatlah berdisplin. Punch kad kehadiran, ambik beg salam teachers, lambai kawan-kawan tu pun sipi-sipi je tangan dihulur. Heran betul apa la ditakutkan sangat dengan teachers tu (ye, teachers sekolah Wafiy mmg garang tapi saya suka sebab budakbudak respect cikgu garang). Jgn harap nak cium pipi dia masa hantar atau amik balik sekolah. Siap pesan kat rumah, depan pintu pagar jgn kiss kiss dia. Aduh laaa…sentap jugak mula-mula. Tau tak apa reason dia tak kasi kiss? ‘Teacher kata girl dengan boy tak boleh kiss kiss’ …alolollolo..i am speechless. Takpelah Wafiy, macam tu pun mama sayangggggg wafiy sangat-sangat….

 

* satu gambar berbagai aksi keceriaan *

Mama mana la tak gembira dengan perkembangan anak-anak kan? It’s normal, I’m so sure. Tiada unsur riak di sini. Cuma nak kata, walau apa pun anak-anak kita buat, samada kecil atau besar perkara itu, even dengan ucapan ‘thank you, mama’, ‘goodnite mama’, ‘i love you, mama’ atau ‘mama, kerasnya nuget ni’ (huh) ianya takkan gagal untuk membuat saya tersenyum dan berasa kagum dengan my tiny creatures berdua ni. Besarnya kuasa Allah memberi nikmat ini.Terima kasih Allah…

p/s: opsss baru perasan, tajuk English, isi Melayu. Takpela 1Malaysia kan…selamat berehat panjang hari ni ye!!!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: