TT: ‎6 CARA MUDAH MEMBUAT ANAK MERASA DISAYANGI

~~ dah petang-petang ni rasa nyaman. nak share something valuable with you all dear friends out there. juga ingatan utk diri sendiri. thanks to my UiTM friends, Nazahiyah….i copy paste dari FB dia. jom baca dan hayati:

===========================================================

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi? Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan… wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari. Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

4. Dengarkan kata-katanya

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

===================================================

komen saya: zaman ini, ibu bapa cenderung untuk memberi kesempurnaan materialistik kepada anak-anak. Tak dinafikan. Saya pun tergolong dalam golongan yang macam tu. Kalau boleh semua benda nak bagi kat anak. Sebab, zaman ni memang zaman materialistik. Saya insaf baca artikel ni sebenarnya. Banyak benda yang perlu dipupuk bukan setakat kasih sayang ‘harta benda’ saja. Sama-sama kita membesarkan future khalifah kita dengan landasan Islam yang sebenar..amin…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: