baju melayu utk anak lelakiku

Salam Khamis

Hari ni alhamdulillah mudah urusan setakat ini. Ada sentap skit dgn bos. Suruh buat paperwork psl satu projek ni. Tapi disebabkan dia tu sgtlah baik dgn pak menteri, masa jamuan semalam dah kawtim..adoiiii penat..takpe la itu keje saya selaku pencacai hahahaha

Nak jadi cerita, isnin baru ni teacher Iqra wafiy bgtahu semua parents minta bekalkan anak masing-masing dgn sepasang baju melayu every Tuesday til Thursday every week. Sbb dia x nak bdk-bdk tu pakai shirts gmbr bukan-bukan (biasa la Ben10 ke ultraman ke kan menjadi fave shirts kanak-kanak). Mama ni mula menggelabah, mama lain x tau. Sbb wafiy punya baju melayu semua dah senteng dan ketat kat perut. Mmg every year sure ada 2 baju melayu but disebabkan anak saya growing fast (alhamdulillah, dlm x mkn nasi tu berat naik je) so nak taknak kena la meninjau kedai utk beli lagi baju melayu.

Lepas maghrib smlm berjujukla kami anak beranak ke Nilai Square. Itu je yg dekat. Lagipun sana kan murah-murah. Yelah nak pakai kejap je pun. Alhamdulillah, sgt byk pilihan kat sana. Rambang mata pulak jadinya. Wafiy pilih 2 warna kegemaran dia, grey dan orange..fuhh mmg hyper la anak saya ni..udah tu kena beli saiz lebih bsr skit sbb seluar mesti fail (ketat, yup wafiy adalah buncit). Dan, lengan baju adalah panjang.

Jadi, mama kena alter skit lengan tu. Part yg plg malas sbb x pandai seni jahitan ni. Tu la papa x nak belikan mesin jahit Apple tu saya ckp kat papa. Sungguhla tak bersyukur saya ni. Sudahnya pkl 11 lebih baru siap jahit lengan sepasang baju jer..jadilaa..lagi 1 esok pulak..sbb nak pakai sepasang je lagi minggu ni kan..punyalah kasar jahitan mama dia ni ha..sungguhla keras tangan hahahaha…

Takpe la, janji boleh pakai. Wafiy siap test lagi sblm tido..dia sgt gembira sampai lipat sendri baju tu masuk dlm beg dia. Iyela wafiy jgn awk komplen je balik nanti..saspen jeee..

Itu je la. Gotta go..miting lagi. Have a nice day ahead you all….

Posted with WordPress for BlackBerry.

2 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Feb 16, 2012 @ 10:36:30

    alolololo…pandainya abang lon pilih kaler apa yer. Dah besar kan diorang kak..kejap jer rasanya..

    Reply

  2. mamawafiy
    Feb 16, 2012 @ 10:38:48

    tu la..mamat tu mmg memilih bab-bab pakaian dia tu..tak mcm mama dia ni ha. seronok tgk gelagat anak2 kan..bila la kita nak jumpa lagi niii liaaaaa…….nak tunggu besday party lambat bebeno..agaknya buat sekali dgn Mia punya besday bulan 3 nanti laa yer

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: