mimpi dan pesanan….

Salam Isnin

dua tiga hari lepas, saya ada mimpi yang pelik. menakutkan. membuat saya terfikir dan muhasabah diri sendiri. orang kata mimpi adalah mainan tidur, tapi alim ulama juga ada kata mimpi kadangkala membawa petanda.

saya mimpi masa tu saya ada dalam satu tempat yang ramai orang. yg pasti bukan rumah saya dan bukan surau juga. saya sedang pegang satu buku. masa tu saya tak tahu buku tu adalah Al-Quran. saya selak-selak buku tu. tetiba hati saya kata, saya nak baca Surah Maryam. masa tu baru saya sedar, buku yang saya selak-selak tu adalah Al-Quran. So, saya sibuk la cari Surah Maryam. Masa dalam mimpi tu, saya yakin Surah Maryam tu Juz ke 33 (sedangkan realitinya Surah Maryam adalah Juz 19. Juz 33 tu Surah Al-Ahzab. masa tu saya tak tahu). dalam tempoh masa yg lama, saya try cari Surah Maryam tapi malangnya tak jumpa. sedangkan hati saya sangat yakin yang surah Maryam PATUT ada dalam Al-Quran tu, Juz ke 33 (salah sebenarnya). saya perhati kat orang sekeliling saya, semuanya buat-buat sibuk tak mau tolong saya cari Surah Maryam. sedangkan hati saya menjerit-jerit kata “Surah Maryam patut ada dalam Quran ni, kat Juz 33 (salah sekali lagi)”. lepas tu, dalam 10 minit saya tenung Al-Quran tu. sambil menangis. tertanya-tanya kenapa Surah Maryam tak ada dalam Quran ni? tapi, lagi sedih sebab nampaknya semua orang tak hiraukan saya yang sedang kelam kabut selak Al-Quran tu.

…….beberapa detik, saya dah give up. tapi dalam hati saya yakin Surah Maryam ADA dalam mana-mana Al-Quran pun. tetiba saya rasa Allah marah kat saya sebab tu Allah tutupkan hati saya dari dapat baca Surah Maryam bila saya nak baca. saya terjaga tiba-tiba pukul 3 lebih pagi. sampai pagi saya tak boleh tidur. nasib baik pergi kerja tu saya ok.

tapi saya simpan benda ni dalam benak saya sehingga pagi tadi. saya tanya kat seorang kerani yang alim juga kat office ni. bukan nak tanya apa tanda mimpi tu tapi just nak dapatkan pendapat. Saya sangat risau kalau benda ni betul-betul terjadi.

So lepas bersembang, saya simpulkan bahawa saya kena tambahkan amal ibadah saya. Kena baca Al- Quran selalu. supaya Allah tak marah kat saya macam tu lagi. Kadangkala, ada benda yang kita tak perlu tanya orang lain kenapa, saya sedar tu. sebab jawapan tu ada kat dalam hati saya. Saya tak cukup amal ibadah lagi selama ni, saya sedar sangat-sangat tu. Nak-nak part baca Al-Quran. Ada satu perasaan halus kat dalam hati saya ni kata, cuba dekatkan lagi diri dengan Allah. Jangan leka dengan hal-hal duniawi sangat.

Mimpi itu mainan tidur, tapi tak dinafikan mimpi juga membawa pesanan…

Ya Allah ingatkanlah aku dengan tanggungjawabku kepadaMU, dengan cara yang kau ingini. Kerana Engkaulah Yang Maha Memiliki dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui…..

4 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Feb 14, 2012 @ 08:54:07

    ke nak dapat anak sorang lagi? heee…
    gurau je sis…
    hmmm… i pun tak istiqamah dalam hal2 nak ngaji Quran ni…. 😦

    Reply

  2. mamawafiy
    Feb 14, 2012 @ 09:00:39

    hehehe..apa pulak guraunyer. kalau betul, aminn….tapii skrg i period lah. tu la kan. kdg2 baca kdg2 lupa huhu

    Reply

  3. mamawafiy
    Feb 14, 2012 @ 09:01:05

    maryam: mudah bersalin..choyyyy

    Reply

  4. aishahkay
    Feb 14, 2012 @ 11:39:22

    itu yang aku cakap nak dapat anak sorang lagi tu. heee. surah maryam kan surah yang ibu2 amalkan masa mengandung…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: