Singapore 6: USS (the last sequel)

 

============mood agak dah okay============

sambung cerita Singapore.

Acara kemuncak yg dinantikan oleh kanak-kanak kami adalah ke Universal Studio Singapore (USS). Jgn tanya mcmana mereka tau kewujudan USS tu. Silap saya jgk gatal mulut berjanji nak bwk diorg. Sebab hari tu kan saya pegi HK, sempat lawat Disneyland. Saya cerita la kat diorg apa ada kat Disneyland tu. Tetiba papa menyampuk, jom kita pegi USS. Anak sulung tanya, USS tu apa papa? Hah, menjawab lah papa dengan lawatan kali ini..heheheehhehe..hambik kau. Anak-anak zaman sekarang semua mau praktikal jer. Teori tak jalan….

Kami pergi USS 25 Januari, kira sehari sebelum bertolak balik ke Malaysia. tapiii, kami dah beli tiket siap-siap kat tourists agent kat Singapore Flyers semalamnyer. Kenapa tak beli online? chittt…problem la pulak. 2 weeks before ke Singapore lagi saya dah try booking online (laman webnyer semua org dah tau kan. google je resort world sentosa. tak payah advise hehehe). sudahnya booking kat Singapore thru agent tu je la. Tiket dewasa SGD 68 non-peak (Rabu tu kan weekday). Children SGD50 below 4 y.o. Tapi, kalau guna agent tu tambah caj skit dalam SGD 10. Caj termasuk 2 way transport from hotel-USS-hotel. senang, tak payah naik MRT lagi. ohya kalau peak season digalakkan amik pas ekspres tambahan SGD30 seorang utk cepatkan masa satu-satu permainan. kami tak amik sbb bukan peak pun. org tak ramai.

 

USS tu kat Pulau Sentosa tu. kalau sapa-sapa naik own transport boleh park kat VivoCity. Then naik monorel. Senang jugak. Perjalanan dari office agent kat Marina Harbour ada dalam 15 minit kalau tak jammed. USS buka jam 10 pagi tutup jam 6 petang. Tapi, kasino buka 24hrs hahahahaa..jgn pegi kasino tau!!! Kami naik bas, penuh dengan org putih. kami berempat jer org hitam hahahhaaa….

 

Nak cerita apa pasal USS ni? Semua orang dah tau kan apa ada kat dalam situ. Penuh dengan amusement dan hiburan semata-mata. Senang cerita benda melalaikan seseja. Masa sampai tu, saya berdoa banyak-banyak dalam hati. Niat saya baik, nak gembirakan anak-anak. Mohon Allah lindungi kami semua (bukanlah nak kata saya baik sangat tapi, ini betul. Kita mana tau apa akan jadi kan masa kita gembira-gembira tu. pulak tu kat situ penuh dengan judi..nauzubillah). Kat sini terbukti lah bahawa credit kad Bank Islam saya telah disekat penggunaan mcm yg pegawai bank kata. Sebab Resort World Sentosa pun dikira one of the tempat maksiat. Sedih jugak tak dapat belanja sakan-sakan pakai credit card. huhuhuhu. tapi nasib baik banker bergerak ada, selamat duit saya. Kad kredit bank lain boleh aje guna. Yang Islamic je tak boleh. (mcamana tau ni? hehehe curi-curi beli souvenir pakai kad 1 lagi hahahhaa).

 

 enjoy je la the pics..tak perlu bebel banyak-banyak kan…sama mcm Disneyland. setiap tempat ada tema/ karakter masing-masing…

 

 

depan umah Ogre

ada tayangan filem Shrek 4D. paling best kat sini la. siap rasa labah-labah panjat kaki kita tau. pastu dengan angin bagai. Fiona bersin pun boleh sampai kena muka kita *choiiiii*…wafiy beria nak masuk rumah Ogre tu. padahal tu adalah stor sahaja ok. hanya utk tatapan umum😛 (tgkla muka tak puashati dia tuu)

dah penat Madagascar's Ride...

 

rollercoaster paling ngeri banyak juga rides yg Damia tak boleh naik. sebab tak cukup tinggi hehehehe...tapi redha jer la sbb masuk pun free kan. contohnya Transformers 3D Ride tu..aisehhh..automatik mama pun tak bleh naik laaa...huhuhu. naik yg lite-lite je ye damia.(dan mama). Madagacar's Ride tu best sangat. berbaloi beratur lama. naik boat dalam 30 mins sambil diselangi aksi animals mcm wayang bergerak jer.cyclon- SciFi City

 

 

Madagascar's Ride...

 

ukur tinggi dulu

makan ada banyak pilihan kat sini. cuma kena tgk halal ke tak la. setiap tema ada restaurant sendiri. kami makan kat madagascar. sebab ada halal MUIS. cuma toilets tak de paip air. kena bawak botol air mineral kecik then tadah kat singki yer.

makan kat Madagascar

souvenir kat sini adalah sangat mahal. ini kan Singapore *pejam mata aja* bekas air kepada Dino dan Bumble Bee tu setiap satu SGD28. kali 2 biji kali RM2.47 huhuhuhu lepas minyak kereta saya sebulan ke opis tuuu. tapi beli sebab mak budak beria suka hahahahahha…kat sini, jgn sekali kali ajak anak-anak tak reti bahasa mcm anak-anak saya singgah ke kedai souvenir yang berlambak tu. Nanti rabak poket kita. Unless you are willing to wear a rabak jeans hahahaha….

kami gerak keluar tepat-tepat jam 6 petang. tunggu gate depan tutup betul baru nak keluar. baru lah berbaloi tu. pastu, tunggu bas kat parking bawah tanah. anak-anak dah layu kepenatan. tak sampai 2 minit tunggu, Damia dan tido atas peha saya. pastu, selang 5 minit lagi, wafiy pulak tumpang kepala kat peha sebelah lagi *berguna gak peha besar ‘drumstick’ mama ni ye*….

okeh..dah habis sequel perjalanan ke Singapore. fuh letih la..

harap-harap korang yg ada plan nak pergi Singapore dapat la manfaat baca entries saya yg berkaitan yer. Memang tak puas duduk merayap kat sana walaupun 4 hari. 40 hari baru puas kot hehehe..papa kata next time pergi nak naik kereta pula. YAYAYA….JPO memang dalam senarai persinggahan hahahahha…

ok la…harap enjoy membaca. mana-mana buruk tu datang dari saya, yg elok tu dari Allah belaka ye..==========++++++++

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: