Singapore 5: Jurong Birds Park

++++===== sambung lagi penceritaan..KPI..KPI…

balik dari Cable Car tu, kami gerak ke Jurong Birds Park. dekat Jurong West. Kami naik MRT dari Harbour Front ke Boon Lay. agak jauh jugak dari Harbour Front. Ada lebih 6 stesen kena stop sebelum sampai stesen Boon Lay. Dari Boon Lay, kami naik bas pulak sebab mmg digalakkan naik bas ke birds park tu. Sangat efficient pengangkutan awam kat sini. Integrated, di dalam buiding yang sama (MRT, bas dan taxi). Naik bas No 194 ye. Kejap je tunggu dalam 5 minit bas dah sampai. Dan bas tu takde tunggu lama-lama. Once semua dah naik, takde tunggu-tunggu terus jalan. Org yg terlepas tu tunggu next 5 mins pulak. Tambang SGD 1.20 adult. Children under 4 free. Boleh bayar pakai kad MRT, kad smart MRT dan bus pun boleh guna. Perjalanan 10 minit tak berhenti, sampailah kat Jurong Birds Park…

Admission fees SGD 20 adult, Children SGD12 under 4 y.o free. di sini rahsia map free telah terbongkar lagi. Kita dapat discount SGD3 setiap orang pengunjung kalau tunjuk map tu..yippiee yay!! suka suka!!! *jadi jgn lupa dapatkan map free anda ye*. kat sini saya sewa pram/ stroller utk budak berdua tu sebab saya tgk diorang dah tak larat jalan dah. satu stroller SGD8. McLaren tau. dijamin kualiti hehehe.

scenery penuh dgn dekorasi CNY since masa tu kan musim CNY. cantik sangat. ada penguin kat entrance tu. unik kan. terus saya tertanya adakah penguin termasuk kategori burung?

dah jalan lebih kurang 30 mins dalam tu, kami mula rasa penat. sebab sgt luas dan rambang mata. jadi, we decided to ride a tram to explore the whole park. ada 2 jenis tram, jenis wheel mcm tram biasa kat zoo tu dan juga jenis elektrik mcm monorel. harga lain-lain. kami naik yg murah, yg biasa tu, fee SGD 5 Adult, children below 4 y.o free. Wafiy kena SGD3. barulah best menikmati pemandangan tanpa berjalan hehehehehe dasar pemalas..stroller tinggal di stesen tram. perjalanan tram adalah dlm 30 mins. Ada 2 perhentian utk tgk birds feeding session dan satu lagi tu utk jalan2 tgk pemandangan.

ada stesen burung Lory..ye burung LORY ye. so colorful. dan sangat lincah. kat stesen ni ada restaurant tapi tak halal tau. kalau yakin belasah lah jer. ada kedai souvenir gak. mcm-mcm jenis karakter haiwan ada jua. cumanya mahal la. *kat sini takde adegan pejam mata. sebab anak-anak enjoy dgn telatah burung. selamaaaaaaaaaaaaaaattttt*. kita boleh bagi Lory makan. makanan (lebih kepada cecair ekstrak buah-buahan) berharga SGD3 secawan. beli lah 2 cawan saja nak tgk burung tu beraksi. sangat jinak rupanya. sampai naik-naik atas bahu. sama mcm aksi burung kat KL Birds Park. sangat adorable.

 

muka cuak weii

 

Jurong Birds Park buka everyday jam 10.00 dan tutup jam 6 petang. kami sampai situ dah pukul 4 lebih so masa yang ada sangat singkat. Takpe lah janji anak-anak happy tgk benda baru, tapi kan masa singkat pun rasa letih la jgk sebab asik jalan jalan jalan jer. hehehe dah nama berjalan kan…saya syorkan sesapa nak pegi sini, kuar pagi-pagi baru berbaloi. dapat tgk show mcm2 nanti. kami mmg tak sempat sbb kebanyakan show mula jam 12 tghari dan 3 petang. masa tu kami tak sampai lagi. Memang best, memang wajib pergi tau!!!!!

ok la gotta go now…

++++++===== Next, Singapore 6: USS

2 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Feb 09, 2012 @ 19:47:53

    bestnya…🙂 berapa jam mama habiskan di jurong bird park ni?

    Reply

  2. mamawafiy
    Feb 10, 2012 @ 11:22:59

    tak sampai 2 jam pun

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: