Singapore 4: The Jewel Of Box/ Cable Car Ride

Salam Khamis

mari sambung cerita Singapore (ini termasuk KPI Hari Ini juga. di samping tugas-tugas hakiki kikikiki)

++++==== Singapore 4: The Jewel of  Box/ Cable Car Ride

ok. Kami pegi sini naik MRT juga. Naik stesen Bugis juga. Naik line warna kuning juga. turun kat Marina Harbour Front juga. tambang sama juga. Stesen cable car ni terletak kat Tower 2 Millenia Walk. Shopping mall baru berdekatan Marina Sand Bays yang ada butik LV besar tu. yg cantik mcm Al-Burj Abu Dhabi tu. gambar Marina Sands Bay tak ambik rupanya. punyalah kalut nak naik cable car. Dari Millenia Tower 1 tu kena jalan kaki sikit nak ke stesen kat Tower 2, tapi selesa la kemudahan dia. dari jauh kita akan nampak sayup-sayup je ‘kekotak hitam’ tu bergantungan mcm tanglung..hahahaha ada 2 org lelaki 1 kecik 1 besar sudah mula rasa gayat masa itu rupanya..hehehe

kena beli tiket dulu. masa tu dlm jam 10 pagi lebih skit org dalam 20 orang queue depan saya. tapi kaunter sangat efficient la. dlm 6 minit dah dapat beli tiket. sbb semua org mcm berdisplin semacam di sini. saya pun terikut displin. ada pakej iaitu 2 way ride, 1 way ride dan pakej tourists utk pegi kawasan menarik sekitar atas bukit tu. tapi sebab pakej tourists tu adalah sangat mahal (SGD90 per pax) saya amik 2 way ride aje. Adult SGD 29.50 per pax. Children SGD 20.50. sini tak boleh guna ‘rahsia map tourist’ tu yer. kena bayar full. “adegan pejam mata laagiiiii’. Nasib baik kids under 4 tak payah bayar. jimat sikit la (Damia tak kena caj). Naik ke stesen Tower 2 guna lif terus shoot ke Level 16. Ahahaha gayat dah bermula bagi merekaaaaaa………

** ignore the differ in the photo dates. kamera telah disetting oleh 2 org lelaki yg berlainan hehehehe. tarikh sebenar 24 Jan 2012

 

view from the cable car tu lebih kurang mcm Singapore Flyers. cuma 1 cable car boleh masuk max 5 org jer. Kita akan nampak gunung ganang, lautan yang subhanallah sangat cantiknya ciptaanMu Ya Allah. pastu boleh nampak Tambak Johor dan Pulau Batam (Indonesia) juga dari atas tu. Angin sangat nyaman. Perjalanan ke stesen 1 dalam 15 minit. turun stesen 1 kita boleh pergi lawat Muzium Cable Car, free entrance dengan tiket yang kita beli tadi. Ohya, nak naik Stesen Cable car ni boleh juga guna van atau taxi sebab ketinggian tak tinggi sangat. dalam 1000kaki je gitu. (kurang banyak dari Cameroon dan Genting rasanya). Tapi kalau kita nak van atau taxi, tak boleh masuk Muzium dengan free. admission fee kira lain. Malas nak jadi kepochi tanya kat budak jaga pintu muzium tu.ehehehe *sebenarnya tak nak tau hehehe*

Muzium Cable Car kat atas tu best sebab ada benda antik. Sapa suka benda antik mcm kereta kabel zaman British, telefon antik, cenderahati antik, sesuai sgt pergi sini. ada kedai souvenir jugak. souvenir wajib beli: keychain miniature cable car. harga SGD 5 to SGD 10. boleh jugak makan eskrem Magnum Almond kat atas puncak gunung feeling mat saleh gitu hehehehe……

dalam muzium

 

stesen persinggahan

Damia dan mama sangat enjoy the ride, papa dan wafiy ermmmmm ada rasa gayat lantas mereka duduk diam-diam sambil buat-buat godek segala gajet yang ada di tangan waktu tu pastu aci rebut seat tengah-tengah jer hehe..cool laaa Damia……

 

 

 

nampak tak Merlion sayup sayup tu

 

 

tips: jgn pegi naik Cable Car waktu matahari terik sbb nanti akan rasa panas sgt dalam cable car tu. pastu nak jenguk bawah pun rasa tak best sebab silau-silau air laut tu naik jadi mcm nak muntah pulak *pengalaman itu mendewasakan hahahahaha*. But it worth la. Kalau pegi Singapore, naik la Cable Car ni ye. And kids will sure love the rides, too!!!

Sekian aje la entry cerita Singapore kali ni…jumpa lagi kat Singapore 5: Jurong Bird’s Park ++++++==============

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: