Singapore 3: Singapore Flyers

dah petang Jumaat..

mulai esok kita cuti panjang kan..best laaaa

nak wish Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Muhammad. jadikan sifat baik dan akhlak terpuji Nabi Muhammad S.A.W tu sebagai teladan dan contoh terbaik dalam kehidupan yer..

+++==== okey, nak sambung cerita Singapore 3: Singapore Flyers seperti yang dijanjikan semalam tu

Apa tu Singapore Flyers? Macam Eyes on Malaysia kat Tasik Titiwangsa tu jer. Sama sangat. Bentuk bulat berpusing-pusing macam Ferris Wheel. Ukuran pun sama. Fungsi pun sama..nak kasi pengunjung tgk view Singapore dari atas udara..from the eyes of birds, temanya. hehehe poyo la pulak kan.

Macam mana kami ke sana? ok, mula-mula kita amik map free lagi kat hotel. map pasal tourists attractions kat Singapore. banyak guna tau maps tu. selain beri arah jln, ada 1 lagi kegunaan sgt sgt berbaloi utk org kedekut macam kami. nanti saya cerita lagi ok. ok bila dah cilok map tu kan, tgk la laluan MRT tu kalau nak naik MRT la kan. kalau naik taxi/ kenderaan sendiri pun kena amik map tau. nanti cerita rahsia map ye. kami naik kat Bugis then turun kat Harbour Front. Ticket dalam SGD 2.30 sorang rasanya. tapi kena turun train kat Circle line utk tukar train ke Harbour Front ni yer.

 

 

Kena beli tiket dulu. standard la kan. nothing free in this world hehehe. masa tu takde orang sangat. sebab semua tgh beraya sakan kot hehe. Utk dewasa SGD 20.50. Children SGD 12.00 (erkkkk betul ke. lupa la. mls nak check koleksi tiket)..jgn sesekali convert dlm RM hatta dlm hati yer *adegan ‘pejam mata’ datang lagi hehe* tapiiiiii di sini rahsia map free telah dibongkarkan. iye, kalau ada map tu, dan tunjukkan pasport anda, dapat voucher makan kat Singapore Trails kat Level 2 Singapore Flyers tau…dan dapat free keychain. limited edition tu sapa nak kasi wei. bijak bijak terpijak hehehehe…

pastu kena beratur sblm naik. masa nak naik ke stesen tu, ada mcm muzium asal usul dan fungsi roda tu. canggih sangat. suka lah budak 2 orang tu kan menggodek barang yg tak dpt dirumah. kat muzium tu jer amik masa sejam jugak la melayan budak-budak tu ishhhhhh mama dia dah tak sabo tu nak naik..sabo kan je laa..

 

Roda tu tak stop tau utk kekalkan momentum dan pergerakan keseluruhan, jadi kita kena terus melompat dengan laju-laju takpayah sopan-sopan masa nak naik roda tu. nanti kena marah dgn attendan (hahaha mcm pernah kena jer org yg citer ni hihihi). sbb nanti anda tercicir sapa nak kutip kat bawah….huiii ngeriiiiii…satu roda tu boleh muat 15 persons jer. berat max tak sure dan tak check pun sbb dia tak letak alat penimbang kat situ hahahahaa. masa kami naik tu, ada budak Uni dari Kedah dalam 10 orang join kitorg. kelas ko budak-budak Uni zaman skrg *PTPTN ler tu hehehe*

 

ada la dalam 30 minit dia gerak slow slow giler..dapat lah tgk keseluruhan pulau tu plus nampak Tambak Johor tau. dan nampak la segala skycrapers Singapore dari atas tu. Best sangat rasanya *walaupun ada 2 orang lelaki tu gayat hehehe*. Dah turun tu, kitorang isi perut pulak. Kat situ mmg banyak gerai makan yang Halal dan menepati citarasa kita ni. Cuma duit aje la yg tak bertoleransi *adegan ‘pejam-mata’ lagi dan lagi dan lagi*. You all kalau pergi Singapore tu wajib tau pergi sini. Mmg highly recommended. Sure you won’t regret..

Mia dah tertewas

+++++==== TBC Singapore 4: Jewel of The Box/ Cable Car

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: