dia dah 5 tahun..alhamdulillah

Salam Rabu…

hari ni mcm biasa, kelam kabut selalu melanda. tak boleh nak salahkan sesiapa, yang buruk dari saya jua..

hari ni jugak, 18 Januari 2012 adalah ulangtahun kelahiran ke 5 anak sulung saya, Muhammad Amirul Wafiy a.k.a Along Wafiy tu. yay!!!

tak buat birthday party pun lagi. cuma sambut kat sekolah dia aje hari ni..agaknyer camna la keadaannya tu. nanti harap-harap teachers upload la gambar kat FB. hari ni kan weekdays so susah sikit nak plan macam-macam. Cuma hantar gudies bags yg 70 bijik tu ke sekolah, saja nak kasi dia gembira dengan kawan-kawan dia. ada gak offer dia nak bwk kek ke sekolah, pelik laa dia tak nak. yg dia nak, nak buat party kat rumah sendiri panggil kawan-kawan, nama Hannan anak CikPuanHaLia pun asik disebut jer. maybe dia ingat kat rumah boleh main puas-puas..dia kan suka ajak kwn-kwn dtg rumah tolong punggah stor yg tunggang langgang tu..sabo je la. saya pun tak kisah anak jiran dtg rumah, dah nama budak-budak tentula nak main je kan.

kat bawh ni gambar-gambar proses pembungkusan gudies bag yang tak seberapa ittew..letak mamee, jelly, coco jelly, london choc roll..tu je yg sempat..

hihihi…birthday boy tu kan, sampai nangis-nangis nak tolong mama dia packing. kena marah suruh tido pun tak mau…..nasibla awak, org lain birthday kena cium, awak, kena marah hehehe..marah-marah sayang

perasaan saya, rasa tak percaya saya ada anak dah sebesar Wafiy dan secerdik wafiy. Walaupun manja sangat mengalahkan baby, i think it’s normal for anak sulung lelaki. cuma saya cuba tak ‘spoil-brat’ kan dia..nanti susahkan orang lain dan diri sendiri bila dah besar.

harapan saya, semoga Wafiy menjadi anak yang soleh..yang baik-baik ajela. semoga Allah merahmati hidup dia, dan sentiasa di bawah lindungan kasih sayang Allah. Semoga dia jadi lebih baik dari mama-papa dia dalam kehidupan dunia dan insyallah di akhirat sana. harapan saya tak lah setinggi mana, takut kecewa kalau tak kesampaian. cuma apa yang boleh saya bagi, apa seadanya untuk hidup dia sebelum boleh berdikari. dah dah nak nangis dah ni *huhuhuhu*

ni kad dari Mak Joy dia (kakak ketiga saya)..MMS ajer. Tapi amat bermakna ingatan tu…thanks dear kakak…

ohya, malam ni nak ke rumah mak. nak makan-makan skit kat sana. nasib baik dekat…terima kasih ye kepada rakan-rakan yg wish happy birthday kat wafiy..hanya Allah yang mampu membalas doa kalian itu!!!!!!

3 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Jan 18, 2012 @ 16:16:06

    Selamat hari lahir wafiy.
    Semoga jadi anak yg soleh menyejuk hati mama & papa. Jadi abang yang baik dan bertanggungjawab kepada adik (adik2).. Amin

    *Kissess*

    Reply

  2. aishahkay
    Jan 18, 2012 @ 17:03:36

    dah besar dah wafiy…🙂 semoga jadi anak yang soleh.. abang yang sporting…🙂

    Reply

  3. mamawafiy
    Jan 18, 2012 @ 17:20:44

    akak echah, wafiy kata mana hadiah? hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: