Sakit gusi dan eskrem McD

Salam Jumaat

dah seminggu kerja di tahun baru, alhamdulillah so far so good

*minta2 you all pun begitu. kalau tak berapa smooth, jgn risau sangat. it’s just work, not the end of the world.

nak cerita pasal sakit berulang saya setiap menjelma tahun baru iaitu: sakit gusi akibat geraham bongsu mau keluar..

TENSION sangat..sesapa yang pernah sakit cam ni tau lah cam na rasanya kan..kan org tua2 kata sakit paling sakit lepas bersalin adalah sakit gigi/gusi..dah agak dah nak jadi lagi tahun ni..sbb 31hb Dis tu dah berdenyut semacam jer. bila intai kat cermin, ada cik putih terjojol sikit.

Mak kata saya tak cukup kalsium (sbb tak minum susu- susu fresh/ susu tepung, susu kotak Dutch Lady saya belasah jer..)

Suami kata, saya tak jaga gigi bebetul…erkkk iye jugak kot…baru2 ni je sejak kahwin dgn awak saya jaga gigi bebetul hehehe

Takpelah, saya enjoy je la saat2 kesakitan tu walaupun selalu gak melalak kat Twitter tu. Saja. Kan ke Twitter tempat untuk membebel while the others follow the timeline..hahahaha

Semalam dah tahap maksima sakit tu, sampai lunch pun tak selera nak makan padahal lapar sbb tak breakfast pagi tu. Satu hal lagi,  kafe kat office ni dah mcm apa ntah, since tukar tender baru awal tahun ni. Takde langsung yang menarik selera. Buat letih pergi round 1 kafe end up, beli kuih karipap seketul. Aishhh..

So malam tadi tetiba teringin makan eskrem McD. Lagipun suami kata sakit gusi elok makan benda sejuk. Okeh, since dia dah nak melayan, jom laaaa zassssssssssssssss…ke Kota Warisan tak smpi 10minit..

abg manja yg tak dok diam

 

adik manja nak berpeluk jer

 gambar adalah dicrop sebab muka mama dia yang tak semenggah.mata mcm panda china

adik manesss ditgn adik manja

lepas makan eskrem tu kan, mmg rasa lega..sejuk jer mulut (yelah ada ke org makan eskrem mulut tetiba panas kak oii)..tak tak..rasa lega bengkak gusi tu maksudnya. terus berselera nak makan…korang nanti bila2 cuba la kalau tak caya….dan saya dgr petua juga kalau sakit tekak boleh try makan eskrem. katanya nanti sakit tekak ok. kalau fikir mmg mcm tak logik kan. Sakit tekak nak tambah lagi dengan eskrem…
sedappp
psttt..Prosperity Burger dah ada chicken laaaa..syiokkkkk…den tk makan beef…ke dah lama dah ada?
 
Moral of the story: Jaga kesihatan oral anda dengan baik…pesanan sehati sejiwa dengan Colgate, OralB dan Listerine………Selamat hari jumaat semua!! jom shopping dan cuci mata lunch hour ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: