mari cuti…

Selamat Hari Rabu yang paling berbahagia..

kenapa pulak ‘paling berbahagia’? hehe *gelak jahat dulu…

sebab hari ni sangat free from any meetings..since semua boss takde, mcm yg saya cakap semalam. Kalau tidak, my Wednesday adalah sangat hectic. sapa keje federal government sure tahu rutin mesyuarat Hari Rabu kan?

Saya rasa so unproductive this week, yelah, buat paperwork pun kena tunggu boss approve. Setakat surat menyurat tu boleh juga saya dan PSU-PSU saya usahakan. Sementelah pulak, kontraktor banyak nyer cuti time hujung-hujung tahun camni. So, we are free from gangguan makhluk tersebut..yay!!! Oleh sebab itu, saya pun apply la cuti rehat esok dan lusa. Sebab, serius rasa lemau kat office. Lagipun, PSU-PSU saya tiga orang tu dah amik turn cuti baru-baru ni. Saya je yang mcm bagus jer terpacak kat sini *konon……

plan esok dan lusa: melayan nafsu anak-anak la pulak. nak tgk Alvin and The Chipmunks, The Muppets etc etc..padahal orang lain dah berzaman tengok….plus kemas umah since dah macam tongkang pecah rumah tu.

oh ya nak share resepi mudah utk korang. biasalah saya memang suka masak yang mudah-mudah je. Malam tadi wafiy berselera nak makan. Semua benda frozen dalam freezer tu dia tanya..sosej, nuggets, daging burger. Tetiba dia nampak ayam. Ayam belum masak tu. Terus dia kata “mama, along nak makan ayam goreng KFC” . Mama yang pemalas ni apa lagi. “jom pegi KFC depan”. Anak yang bijak cakap “takmau KFC kedai Atok, nak KFC mama masak” *KFC Kedai Atok=KFC lerrr…

mama dah mula nak marah. tapi..datang idea malas. ok la..amik tepung, amik serbuk kari, pecahkan telur 2 biji, basuh ayam. Panaskan minyak…tadaaaaa….siap…..

ayam goreng KFC homemade
hasilnya, alhamdulillah. Saya pun tak sangka saya berbakat dalam bab memalaskan diri hehehehe..bukan nak puji diri sendiri tapi mmg rasa nak dekat-dekat ayam KFC tu la…
 
nak resepi?
 
Bahan-bahan:
 
5 ketul ayam potong sedang (ikut suka hati part pejal ke tulang, saya suka part tulang)- basuh bersih dan toskan
2 biji telur ayam
5 sudu besar terpun gandum Cap Wau (tak tau la brand ada kesan ke..ala belasah je brand apa)
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kari Baba’s
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
 
Cara-cara:
 
1. Sediakan 2 mangkuk berlainan. Pukul telur agak-agak dalam 1 minit dalam 1 mangkuk dan tuang tepung gandum dalam 1 mangkuk lagi.
 
2. Campurkan serbuk kari dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung tadi. Kacau rata.
 
3. Panaskan minyak. Sila guna api kecik ajer.
 
4. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk berisi telur yg telah dipukul. pastu angkat dan masukkan dalam mangkuk campuran tepung tadi.
 
5. Golekkan ayam biar rata dan melekat dengan tepung betul-betul. Kemudian goreng mcm biasa. Kalau boleh guna api kecik jer takut nanti tak masak ayam tu..
 
6. Dah siap…….
 
Amacam, mudah kan? saya memang suka benda mudah-mudah ni hehehe….so korang kalau nak cuba boleh la cuba. Penyediaan tak sampai 30 minit pun….
 
okla….selamat bekerja semua…dan selamat bercuti hehehehe

3 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Dec 28, 2011 @ 16:52:04

    Alvin n chipmunks sangat comel kak..esp masa diorang menyanyi tu..

    Reply

  2. wahida
    Dec 30, 2011 @ 15:45:03

    ah, ni yg rasa nak carik kepsi balik nnt ni…

    Reply

  3. mamawafiy
    Jan 03, 2012 @ 08:38:23

    lia: kan kan…sgt cute..geram..pastu pandai melaram semuanya..
    wahida: alaaa…cuba try buat sendiri…gerenti sedappp koo

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: