balik kampung dan makan durian….

Salam Selasa

wah..hari ni ceria je sebab semua bigboss takde..cuti panjang ke overseas katanya…takpe kasi can la kat diorang nak shopping musim winter ni

nak share cerita pasal balik kampung Sg Besar weekend lepas. Sempena kenduri tunang bestfriend encik abang. Kami bertolak balik lewat sikit pasal Damia buat perangai. Dia batuk teruk malam Sabtu tu..kahak tak keluar. Pastu tak lena tidur. Siangnya (Sabtu) dia bantai tido jer..bangun balik pukul 12 lebih..pukul 1 kitorang gerak balik. Memang menempah traffic jam yang luar biasa la jawabnya. Sebab orang ramai guna jalan lama instead of highway nak ke utara.

memang bumper to bumper la…

sampai wafiy pun tak larat nak main games kat dlm kereta…dah pening agaknya. terus lena…zzzzzzzzz

sampai Sg Besar seminit sebelum Maghrib…memang naik kematu punggung dibuatnya. Tambah pulak dengan hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan. Nasib baik dua orang budak tidur dengan jayanya, bangun bila sampai kampung hehehe…

one of the reasons why i love kampung Sg Besar adalah sebab kat keliling rumah ada bendang (sawah padi)..saujana mata memandang. Rumah arwah PIL kat tengah-tengah bendang..angin memang kuat dan best. Tak pyh pakai kipas pun sejuk je. Tido pun lena hehehe..

sekarang musim padi menguning. dalam masa sebulan lagi bolehlah tuai. Tapi kat area Sekinchan dan Tanjung Karang dah ada bednang yang kering kontang, maknanya dah potong padi. Orang jawa kata ‘panen’. Best sangat jalan-jalan petang-petang kat bendang..angin sepoi-sepoi bahasa…wafiy dan mia pulak jakun kalau nampak mesin padi masa musim ‘panen’. Sanggup tak tido semata-mata nak tengok mesin padi tu ‘beraksi’. Kali ni balik tak dapat tengok😦

Ahad petang tu, saya merempit dengan encik suami tengok bendang arwah PIL kat seberang jalan…so beautiful..ingat nak ambil gambar me and the sunset, tapi sayang kamera tak bawa pulak…

kat belakang tu rumah ‘bibik’ a.k.a makcik encik suami..budak-budak yg tengah main bola kat laman tengok semacam jer kat ‘wak ina’ yang jakun ambik gambar ni ha….caissssss.

Malam Ahad tu lepas Maghrib kami bertolak balik ke Dengkil pasal Isnin kami ada operasi kemas rumah besar-besaran..chewahhh ye ye je…padahal cuma sapu lantai, cuci kipas dan aircond, mop lantai bilik dan ruang tamu yang sekangkang kera tu jer sebenarnya. Dan campur laundry yang tak berkesudahan..bila dah penat-penat tu, tetiba encik suami bersuara ajak anak perempuan dia pekena durian musang king. Siap dah set tempat tu…sabo je la. Mia tu memang hantu durian..terus melonjak gembira. Layankan jer la..zassss jer siap-siap ala kadar terus ke SS2 PJ…sebelum tu jumpa besfriend dia yang baruuuuu bertunang tuu..masih darah manis pun nak makan durian yer…

muka budak perempuan kecik yang suka durian sangat-sangat..

perghhhh..mau tak sendawa pun bau durian..musang king tu..sedapppp..terbaekkk yo!! kami 4 orang semuanya RM48 campur manggis 3 kilo dan air kelapa pandan 2 bijik…budak perempuan tu makan sampai dua-dua belah tangan. mama tak sempat ssnap gambar..sebab sibuk makan hahahaha…

ishhhh nak makan pun ada paparazzi..hehehe..cinonit la sangat sampai tak nampak. Masa ni encik abang sedang memujuk anak bujang dia yg tak nak turun sebab dia tak makan durian….sabo je la lagi…

lepas santak perut dengan durian segala jenis, tidur malam tu masing-masing campak selimut hahahahaaaaa……….

2 Comments (+add yours?)

  1. lia
    Dec 27, 2011 @ 15:17:13

    sukanya tgk sawah padi tu kak..ala2 lokasi Nur Kasih The Movie gitu..

    Reply

    • mamawafiy
      Dec 27, 2011 @ 15:46:55

      adoi…kawan akak pulak kata mcam cerita Tentang Dhia..tapi dia kata akak mcm bomoh siam tu..hampekkk sungguh (padahal mana pernah tgk Tentang Dhia tu..tetiba nak marah)

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: