Hong Kong lagi tak habis-habis

heran tak, hari ni jer dah 3 kali post entry kat sini..

kalau tak heran tak pe. diam-diam jer yer. kalau heran, hmmm nak bagitahu petang ni saya feeling nak rehat-rahat jer sebab penat dah keje mcm kuli batak minggu ni. Serius ni. Penat. Lemau. Letih.

meh layan gambar trip Hong Kong yang tak habis tayang hari tu (ewah..tayang tu….macam laku sangat)

Tapi sebelum tu nak cerita sikit. Saya pegi Hong Kong pasal ada training on Project Finance Modelling. Dengan training company Singapore. Ntahla letih nak relate kenapa training company Singapore tapi buat training kat Hong Kong. Kelas mula pukul 8.30 habis 6.30. Gile pack sampai nak menangis rasanya. Dahla fully guna Excel, mmg pening la tgk formulas semua. Almaklumlah saya kan buta IT. Yang tu bleh gagah lagi. Part trainer saiko tu mmg tak gagah langsung. ada ke kena mengadap muka dia jer sepanjang kelas tu. Nak intai henpon pun kena sergah. Apatah lagi nak baca email office. Memang saya jer la yang kena tegur sepanjang kelas tu. Dah la satu kelas 10 ketul orang jer. Memang kena tibai jer la. Ahhh..let gone be bygone la. Harapan saya tak jumpa lagi trainer saiko nama R****** tu. Saikooooooo…

Aktiviti berjalan adalah mulai pukul 7 ke atas. Nasib baik shopping mall semua tutup pukul 11 mlm. ada la ruang sikit nak mencelah shopping. Area hotel tu memang penuh dengan shopping mall dan designers’ boutique. Semua ada. Apa brand nak? Semua butik pergi..tapi cuci mata jer la. Sekarang tgh winter sale. So memang harga gila-gila punya lah.  Pastu pergi Disneyland HK, The Peak yang ada Madame Tussauds tu. Tapi sekarang tengah ramai orang sbb musim cuti kan. Standard la.

Malas nak cerita panjang-panjang (tetiba). Tengok gambar je la.

nak pegi Madame Tussauds tu kena pulak beratur macam nak dapat tiket konsert free pulak la. Kena naik tram untuk sampai ke puncak HK tu. Walaupun beli tiket ekspress dengan harga HKD 220 (lebih kurang RM95..satu HKD bersamaan RM0.429) tak la dapat naik tram secara ekspres pun. Manusia beratur dah mcm tayar basikal di lipat 8..haduihhh..sabo je la

Me and Audrey Hepburn

perasan jadi heroin disamping Jet Li

The President

Marilyn Monroe

memang sejuk kat atas puncak tu. Nampak gemerlapan kota metropolis HK dari atas dengan skycrapers yang canggih. Plus ada rumah banglo atas bukit harga HKD15 juta tu..mewah nyer la. Kat atas tu memang tak boleh lama-lama sebab sejuk sangat. Pakai coat pun rasa sejuk sampai ke tulang hitam. Ada fotografer yang tawarkan servis ambik gambar kita kat atas tu. Tapi mahal sangat lah. Malas nak feeling macam orang kaya bazirkan duit :p

Pastu gi Disneyland pulak. TIket adalah RM399 combo price. Kira ada fast lane jugak la. Tapiiii manusia mmg ramai giler lah. Orang Malaysia memang bersepah sana-sini. Tapi heran kenapa ek orang Malaysia sombong kalau kat oversea? Dah banyak kali kena mcam ni tau. Kita senyum pun buat tak nampak jer. Tu belum yang cakap mat saleh slang kalah mat saleh tu. Mana la pegi Budi Bahasa Budaya Kita tu yer? Tinggalkan kat airport agaknyer :p
 

pertama kali masuk Disneyland ni memang lah saya jakun. Yelah, tak pernah masuk kan. Mak budak pun jakun, budak-budak apa lagi kan. Masa ni teringatkan anak-anak di Malaysia. Kalaulah mereka ada sama…tapi sabar je la. Kasi kumpul duit banyak2 baru pergi baru best. Nak pergi USS je nanti.

Pertama kali naik Space Mountain, dia punya indoor roller coaster memang rasa mcm nak terkeluar isi perut semua. Serius ngeri dan gayat okay. Sebabnya dah la dlam tu gelap, tetiba je menjunam ke kiri kanan tak hingat lajunya. Tak sempat nak menjerit sebab tetiba lidah kelu….kelakar la pulak.

memang banyak amik gambar jer sebab semua figure cantik-cantik belaka..

teringat kata-kata seorang kawan, kalau nak tahu betapa beruntungnya kita duduk kat Malaysia ni, pergilah mengembara ke negara lain. Insyaallah rasa sayang kepada Malaysia dan bersyukur dengan apa yang kita ada tu akan bercambah dengan sendirinya. Betul sangat tu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: