Wet World Resort Air Panas Pedas Rembau

Salam Selasa

hari ni sangatlah liatnya nak bangun tido. apa tak nyer, sampai umah pkl 12 lebih malam tadi..akibat pegi KK balik hari..mcm dekat-dekat jer KK tu yer…

hari ni ada meeting, lagi laa bercinta..

jadi, nak menceriakan mood pagi-pagi ni, baik cerita yang best-best dulu pagi-pagi ni..tak gitu?

yeeehaaa…
hari Ahad lepas ni, kami pergi mandi manda kat Wet World Resort Air Panas Pedas. Kali kedua kiranya ni, kali pertama masa tu damia dah 9 bulan dalam perut. Bayangkan, dah hampir 3 tahun tak jejak..cuma jejak dalam angan2 jer la..tup-tup harga masuk dah naik la pulak
 
alamak..silau la pulak
dulu, Dewasa cuma RM10..kanak-kanak pulak atas 90cm je kena bayar RM5. Tahun ni pulak, kanak-kanak atas 85cm dah kena bayar Rm10…mahal la jugak kiranya kan. Tapi, yelah dah 3 tahun berlalu. Tak boleh la nak compare. Bak kata suami saya, nak murah kalu, buat kolam sendiri la, untung…sabo jer la!!
 
anak-anak saya
tu..tengokla anak-anak saya tu..teruja nak mengukur ketinggian..alahai..ikutkan hati tak payah ukur jer..so tak payah bayo..tapi nasib baik la ada kitorg baik hehehhe…Damia sebenarnya dah lebih 85cm..tapi lebih sikittt jer. kakak kaunter tu kata Damia masuk free je sebab Damia comel hahahahaa….
 
ada mandur dok usha…
tu diaa..punyalah papa sayangkan anak-anak..siap angkut float sendiri padahal tak dibenarkan tu..masa diorg check beg kat kaunter..muka papa sungguh konfiden mcm tak de apa jer..cayalah papa. jimat RM10 duit sewa float diorang…
 
aksi dah bermula!!
tu dia anak bujang saya. memang suka sangat air kolam. air laut dia takut pulak. heran jugak. maybe dia takut dgn ombak laut tu la. cuba tgk org kat belakang tu..punyalah ramai. biasala, musim cuti sekolah dah mula kan. nak berenang pun mcm dalam pertandingan jer..berkuak lentang sikit jer dah terkena orang sebelah (ewah..mcm pandai jer kuak lentang..). wafiy pakai seluar dalam jer..coz swimming trunk dia tetiba pulak boleh hilang, sekali dengan swimming suit Damia.misteri betullah kehilangan bendalah tu sbb rasanya saya baru je basuh minggu lepas after berenang kat kolam Kelab Komuniti Putrajaya..ahhhh…malas dah nak punggah almari..kalau ada nanti ada laaa..kalau tak de, nanti beli baru jer la.
 
alahai…
ni pulak Kolam Refleksologi atau Reflexology Walk..yang mana saya tak dapat masuk dulu coz pregnen. ni kolam air panas natural, ada laluan refleksologi dalam tu kat tengah-tengah. air mmg panas tapi tak over la..sedap je rasa bila kaki cecah air dia. tapi kolam ni kecik jer, mmg penuhla dgn orang. kena tunggu turn gamaknya. erkkk korang nampak tak ayat “dilarang duduk di dalam kolam ini” tu? tapi…ada jer orang duduk dalam kolam tu..siap santai-santai lagi ko…sabo jer la orang Malaysia ni!!!
 
siap instruction tuu
fuh..memang mencabar la kolam ni. sakit wooo kaki gue!! jgn kata nak buat sekali pusingan, setengah jalan dah rasa mcm duri je kat kaki ni. orang kata elok kalau rasa sakit time jalan tu, tapi sah-sah la saya ni tak tahan sakit..so terus keluar. pastu buat-buat rendam kaki kat tepi tu sebab malu dgn org dalam kolam tu heheheheee
 
wallawehhh….
kitorang gerak balik dalam pukul 5.45, tu pun lepas puas bergaduh berpaksa dengan budak2 dua org tu. guruh dah berdentam dentum, hujan dah menitik diorg masih nak meredah air lagi..alahaiii..sabo je la..last-last seret je dua-dua naik atas. terus tukarkan baju bersih. pastu elok pulak dua-dua tu cakap “mama..lapar laaaaaa”…haaa tau pun lapar. tadi offer burger dan nugget, jual mahal. kami tak lunch hari tu pasal gerak ke Rembau pun dah pukul 12 lebih..gara-gara mencari mencari swimming suit depa laa..sampai sudah tak jumpa. nak makan dalam tu, mmg la mahal dan tak berbaloi..sesapa yg pernah pegi tau la kan…so beli burger dan nugget je..tu pun mahal yg amat padahal burger ada secalit jer sos dan mayonis. So, kebetulan gerai Cendol Leman Dawi yang gelemer dulu tu ada kat situ, kami singgah la…hmmmm saya tak tau la org lain, tp bagi saya cendol dia biasa-biasa jer..cuma yg saya perhatikan org ramai datang sini sebab nak dgr Leman berceloteh jer pasal sejarah dan fakta-fakta unik yangterjangkau akal saya ni nak menghafalnya…bayangkan, keluasan negeri Selangor pun dia boleh hafal..sedangkan saya yg anak jati Selangor ni pun tak terhafal fakta tu….kalau nak layan cendol sambil dgr orang berceloteh sambil kecoh-kecoh bole la nak dtg sini..kalau anda jenis tak suka org bising-bising masa anda makan, baik takyah dtg..nanti ada yg kena pelempang dengan pakcik Leman tu pasal tak nak layan dia (salah seorang nyer saya la tu..rimas weiii org bising-bising masa kita makan..tapiiiii sabo kan je la sbb dah tu je gerai yg dekat dan perut pun dah berkeroncong amat)
oh ya, kat sini ada cendol jer tau takde makanan lain (sabo jee laa..) dan cendol tu bila-bila masa je boleh habis. sebab u la susah nak kata gerai ni tutup pukul berapa, ikut suka Pakcik leman la nak tutup pukul berapa (pulakkkk..)
korang kalau nak cuba sambil bertemu dgn Pakcik Leman yg pernah masuk Majalah 3 ni..sila kanlah..gerai dia on the way ke Wet World tu…sebelim stesen Keretapi Sg Gadut yang baru bukak tu. Dari KL belah kiri gerai dia…
 

main mesti mau!!!

 

DAMIA

tu dia..ada playground jugak kat gerai Leman Dawi ni..
 

tokey kesayangan saya!!

nak balik tu..punyalah bercinta nak mengajak budak-budak tu nak turun dari buaian tu..dah gelap masa tu..nak hujan lebat. highway pulak jammed sebab ada eksiden…sampai rumah lepas maghrib jugak….sebab menyinggah sana-sini la tu…..padahal jarak dari Dengkil ke Rembau cuma 68 km jer…mmg tak boleh solat jamak laa…cuma sejam je perjalanannya…tak jauh pun.
 

ni pulak isteri tokey hehe

itu lah dia…cerita yang saya kata best tu..huhuhu poyo jer kan..ok la kawan-kawan kalau nak merasa atau nak pegi kolam air panas ni..sila kanlah…tak jauh pun….

11 Comments (+add yours?)

  1. aishahkay
    Dec 06, 2011 @ 11:46:21

    pheewwwitttt…. (kat isteri tokey…)

    Reply

  2. Maha Thevan
    Dec 28, 2011 @ 11:35:37

    HI bro…nama saya dev, dari klang…. Kami dah plan 2 januari 2012 nak turun kolam air panas pedas! I baca catatan you confident sikit lah anak anak kecil memang will enjoy! Tapi boleh ke bawa makanan dari luar? Budak budak I semuanya badan besar! Kuat makan lagi! Yang sulung tu..umur 13 tapi dah cecah 90 kg…paling last 6thn dah lebih 30kg! Kalau beli kat dalam contoh harga dia macam mana bro..tolong advise me.

    Thanks

    Reply

    • mamawafiy
      Dec 28, 2011 @ 11:40:48

      hi Dev…
      thanks for dropping by..
      FYI, makanan luar mmg tak boleh bwk masuk pun..tapi sembunyi2 skit bole juga. foods kat dlm mmg a bit pricey. burger harga RM4. air mineral RM2. nugget 4 ketul RM2. tapi jgn risau, kalau lapar kat dlm tu mcm2 makanan ada. ada restoran jugak tapi mahal skit la…

      Reply

  3. Maha Thevan
    Dec 28, 2011 @ 11:39:29

    Sorry I confuse, I ingat guy! tapi gal pulak(still confuse). Anyway kalau boleh tolong advise I

    Reply

  4. zalina
    May 29, 2012 @ 15:16:35

    Thanks Mamawafiy…insyaAllah sabtu ni akak nak bawa anak2 singgah wet world pedas ni.

    from kak zalina

    Reply

  5. zalina
    May 29, 2012 @ 15:17:26

    surau cam ner?

    Reply

  6. Saif Al-Adli
    Jul 11, 2012 @ 12:26:33

    Tqvm mamawafiy atas penerangan…Nak tanya sikit ttg masa lawatan…Kul brp tutup?

    Reply

    • mamawafiy
      Jul 11, 2012 @ 12:53:10

      sama-sama..hehehe
      tutup pukul 10 malam sebab dia ada kolam air panas yg boleh mandi waktu malam….

      Reply

  7. lea
    Oct 02, 2012 @ 17:09:45

    boleh suggest hotel @ homestay yg murah & berhampiran dgn wet world pedas ni?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: