Entry tertunda: birthday and anniversary

Salam Khamis…

alhamdulillah, saya dah mencapai angka 32 pada 27 November 2011. dan usia perkahwinan saya dengan encik abang telah mencapai genap 6 tahun pada hari sebelumnya, 26 November 2011. gembira dan syukur tak terhingga. rasanya dah tak menjadi rahsia lagi kot kedua-dua peristiwa istimewa saya ni di kalangan kawan2 saya di FB dan Twitter tu..apa tak nyer..setiap seminit dok update status dan post gambo..punyalah happy  kan….layan jer la ye kawan2…

secara keseluruhannya, memang happy tak terhingga dikurniakan kehidupan sebaik ini. dikelilingi keluarga dan sahabat handai yang sentiasa happening dan prihatin, membuat saya muhasabah diri sekejap, nanti saya pun akan jadi sehappening dan seprihatin camni bila tiba orang lain perlukan saya? insyaallah memang cuba sebaik mungkin menjadi seperti kamu semua yang baik-baik belaka…

dan kebetulan hari bertambah umur saya tu jatuh pada Maal Hijrah/ Awal Muharram a.k.a Tahun Baru Hijrah. rasa bercampur baur. antara rasa tanggungjawab kepada Allah, keluarga, bangsa dan negara yang akan bertambah dan juga sempat congak adakah cukup bekalan diri untuk menghadapi cabaran hidup nanti. serius saya rasa pressure jugak dalam gembira-gembira tu pasal semua org yang tau besday saya adalah pada Maal Hijrah dan wish tu..mcm ada selitkan wish secara tersirat supaya sama-sama hijrahkan diri yang semakin bertambah ni..eh paham tak ni?camni…rasa pressure sebab dalam dok kalut org wish Maal Hijrah, kita pulak rasa diri bertanggungjawab menjadi lebih baik hanya kerana harijadi kita jatuh tepat pada hari yang sama….fuhh memang terduduk la kejap fikirkan benda ni. tapi utk tak menambah pressure lagi, kita buat-buat selamba aje, boleh..hahahahaa sabo je la

anyway, azam tetap ada. ku semat dalam hati..chewahhhh…tu nanti la kemudian kita tulis cantik-cantik dalam buku baru…

last but not least, gambo-gambo yang dah diulang tayang secara sengaja hahahahahaa…

 
 

 
p/s: rasa mcm salah pilih dinner kat Saba’ utk dinner tu psl malam tu Harimau Muda lawan Bahrain untuk Olimpic Qualifier..sbb serius penuh dgn mat arab saje Saba’ tu..siap hentak meja sampai tercampak gelas dibuatnya (mamat arab MMU punya hal…)…takut sgt masa tu….tapi mmg tak puas hati la Harimau Muda kalah dgn cara camtu..nasi dah jadi bubur kan….apa nak buat..
 
 
 
 
 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: