hari shopping paling havoc……

Salam Jumaat

fuh..hari ni sesak sungguh Alamanda..penuh dengan org gomen jer..SEMUA kedai berkaitan wanita (baju, aksesori, kedai mekap, kedai kasut, kedai handbeg) ya allah penuh dgn manusia berghairah utk menghabiskan duit yg baru dapat. Tambah sakit hati, semua kedai makan penuh giler..sampai tak de ruang nak berjalan. Tengok tu, punya banyak rahmat Allah beri untuk kita kat Malaysia ni. Syukur alhamdulillah Ya Allah. Yang saya tak puas hati, misi ke Alamanda kali ni tak berjaya langsung!!!!hinsssssss geramnyerrrr…apsal time harijadi saya jer mulalah Year End Sale? kenapa kenapa?

saya ni tujuan ke Alamanda tadi …nak shopping jugak hehehee..nak beli beberapa barang peribadi yg dah habis, nak redeem beberapa voucher Parkson, Carlo Rino, Clinique dan lain-lain (wah mcm byk jer….)..tapiii fuhhh memang tak sempat nak redeem satu pun. sebab semua kedai berkenaan penuh yg amat dgn manusia. mcm ulat. lelaki mmg takde sebab tgh solat Jumaat kan. tau je la kalau pompuan shopping, semua nak ditengok dipegang. sama la mcm saya. sudahnyer, masuk jer Carlo Rino, tak sampai 3 minit dah keluar balik, mintak nafas…serius sesak dlm kedai tu. pastu gi Tomei..pun sama. keluar balik. Pendek cerita, dalam 7 buah kedai..semuanyer tak de apa yg saya beli. Serius jimat shopping kali ni. Nak beli present utk suamiku pun tak de hati der. Nanti la esok masih ada kan. Yang penting ingatan dan kasih sayang.

hmm…so esok adalah percubaan shopping kali kedua. Tak tau berjaya ke tak. Sebab kalau cuti lagilah manusia macam ulat jadian kat shopping mall. Tapi esok pagi papa ada ajak pergi WetWorld Rembau..ala yang ada kolam air panas tu. Beria janji dgn wafiy dan mia. Tengoklah mcmana. Kot2 balik mandi manda tu kitorg akan singgah mana-mana shopping complex. (Alamanda je la, kat lain tentu tak la..)

kepada semua, happy weekend.dan Selamat Menyambut Maal Hijrah (erkk harijadi saya la tu jatuh pada hari tu)…semoga tahun baru islam ini membawa seribu satu pengertian kepada kita semua, insyaallah. Mari sama-sama berhijrah ke arah sesuatu yang lebih baik..

sebagai penutup, dipersembahkan gambar-gambar anak-anak kesayangan saya masa tgk Happy Feet 2 Isnin lepas (tak sah entry tak de gambo, kan kan…)

my love...

 tu masa tgh baik2..cuba kalau tgh gaduh…
 

sorang kiri sorang kanan

p/s: kepada yg belum tonton Happy Feet 2, saya sgt syorkan anda tgk la filem ni..best woooo..sangat best. nak2 3D…pastu lagu2 dia semua best..sarat dgn mesej baik utk kita…tengokla sendiri. anda pasti puas hati!!!!
 

2 Comments (+add yours?)

  1. wahida
    Nov 29, 2011 @ 16:48:56

    okeh, nnt aku nak ajak anak2 gi tgk…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: